chukai Peniaga didenda sebanyak RM100,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman hari ini, kerana memiliki pelbagai rokok seludup bernilai RM92.68 pada Mac lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Rogayah Musa, 40, terpaksa meringkuk di Penjara Bentong, Pahang selepas gagal menjelaskan denda terbabit.
Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri sebelum itu menetapkan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Keputusan itu dibuat Nik Mohd Tarmizie selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Mengikut kertas pertuduhan, Rogayah didakwa memiliki pelbagai jenama rokok seludup bernilai RM92.68 membabitkan cukai berjumlah RM186.40 di Bandar Seri Bandi pada 8 malam, 13 Mac lalu.Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Melacur upah RM24 ribu, artis Indonesia dipenjara 5 bulan | The Malaysian Insight
Read more »