Majoriti pengguna merasakan kualiti audio fon telinga berwayar lebih bagus berbanding tanpa wayar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Selepas lima tahun jualan menurun, fon telinga berwayar kini mencatat lonjakan jualan sebanyak 20% dalam enam minggu pertama tahun ini berdasarkan laporan dari Circana.
Walaupun fon telinga bebas wayar masih mendominasi pasaran audio sebanyak 66%, baki 34% pula diisi oleh fon telinga berwayar. Ini menunjukkan semakin ramai pengguna mula kembali semula kepada wayar dengan satu persoalan, kenapa?
Baca Artikel Berkaitan: Sudah Jadi Satu Amalan, Ini Kesan Buruk Kerap Pakai Earphone Waktu Tidur Apple Membuang Lubang Fon Telinga Pada 2016 & Masih Ramai Tidak Bersetuju Sehingga Hari Ini Permulaan trend ini boleh dijejak semula ke tahun 2016, 10 tahun lalu apabila syarikat teknologi terkemuka, Apple memperkenalkan model iPhone 7 – telefon pintar pertama tanpa lubang fon telinga. Pada waktu itu, pengguna hanya diberi dua pilihan iaitu membeli fon telinga bebas wayar keluaran Apple, AirPods atau menggunakan fon telinga yang disertakan bersama telefon tersebut.
Bagi majoriti pengguna, langkah ini dilihat sebagai satu paksaan dan telah mengubah landskap audio sehingga ke hari ini. Fon Telinga Berwayar Dilihat Sebagai Cool, Effortless, Unbothered Trend untuk beralih semula ke fon telinga berwayar dipercayai mula mendapat perhatian seawal tahun 2019 menerusi laporan dari CNN ini mengatakan model Bella Hadid sering dilihat memakainya ketika berada di luar.
Pengasas akaun Instagram @wireditgirls, Shelby Hull berkata tentang perkara itu, “Bella Hadid merupakan seorang yang kaya dan dia sangat mampu untuk beli sepasang AirPods tetapi dia masih berpegang kepada fon telinga wayar,”.
“Sikap acuh tak acuh terhadap perkembangan teknologi dilihat sebagai sesuatu yang cool, effortless, unbothered dengan aliran teknologi,” tambah Shelby. Pengaruh Selebriti Mempopularkan Trend Fon Telinga Berwayar Nama-nama selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Dua Lipa dan Zendeya sering dilihat memakai fon telinga berwayar di khalayak ramai. Selain itu, ikon atlet sukan seperti Steph Curry, Anthony Edwards menjadikan fon telinga berwayar sebagai aksesori fesyen harian mereka.
Pengasas akaun NBA Fashion Fits, Chad Brown, berkata trend ini berkait rapat dengan budaya kerana semuanya bergerak dalam satu kitaran. Ia mengingatkan semula rasa nostalgia, ia juga satu aksesori dan ia juga sebahagian daripada outfit harian menurut laporan CNN. Faktor Tekanan Ekonomi Juga Mempengaruhi Untuk Beralih Kepada Wayar Berdasarkan laporan dari The Washington Post, generasi Z dan millennial menanggung tekanan inflasi yang lebih berat berbanding kumpulan umur lain.
Harga fon telinga tanpa wayar boleh bermula dari harga RM500 ke atas untuk yang berkualiti dan mencecah sehingga RM3,000 ke atas. Sebagai perbandingan, fon telinga berwayar berkualiti boleh dibeli sekitar RM90 ke bawah dan boleh bertahan sehingga 10 tahun tanpa sebarang masalah. Tambahan pula, fon telinga tanpa wayar lazimnya perlu diganti selepas dua hingga tiga tahun apabila baterinya lemah dan tidak boleh diganti semula.
Generasi Muda Ingin Sesuatu Yang Lebih Nyata & Kurang Digital Shelby Hull turut berkongsi pendapat bahawa trend untuk kembali semula kepada fon telinga berwayar lebih sekadar fesyen atau aksesori semata-mata.
“Hari ini terdapat banyak sangat kecerdasan buatan , dipenuhi dengan perkara digital dan tidak lagi nyata kepada orang ramai membuatkan saya rasa ramai mahukan semula titik sentuhan yang nyata. ” Pendapat yang diberikan oleh Shelby turut dapat dilihat melalui trend kebangkitan semula kamera filem, piring hitam, telefon berfungsi terhad dalam kalangan generasi yang sama.
Kualiti Audio Turut Menjadi Sebab Utama Juga Memetik kajian yang dilakukan oleh SoundGuys, terhadap 704 pengguna fon telinga berwayar sebab utama kenapa mereka beralih kepada dunia berwayar adalah seperti berikut: Oleh itu walaupun pasaran audio hari ini dikuasai oleh fon telinga tanpa wayar, tidak terkejut beberapa tahun akan datang semakin ramai kembali semula ke fon telinga berwayar untuk tujuan lebih praktikal, kualiti audio lebih baik serta harga berpatutan. Baca Artikel Berkaitan: Shokz OpenFit Pro Tawar Audio Open-Ear Lebih Imersif.
Tapi Berbaloi Ke Dengan Harga RM1,199? Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Suka Bawa Tidur” – Pakar Dedah Earphone Lebih Bahaya Berbanding Headphone Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Microsoft Unveils Proprietary AI Models to Reduce Dependence on OpenAIAt its Build conference, Microsoft announced MAI-Thinking-1, a reasoning AI model built from scratch, along with other in-house models for image, audio, and code generation. The move aims to decrease reliance on OpenAI and compete in the agentic AI space.
Read more »
‘Is this thing on?’ Carly Rae Jepsen drops new music snippets on website (VIDEO)LOS ANGELES, June 2 — Carly Rae Jepsen has begun teasing new music by quietly uploading audio and video snippets to her official website, sparking renewed anticipation for her...
Read more »
ISU Penternakan Babi di Selangor Kembali Menarik Perhatian UmumPolemik cadangan sistem penternakan moden tertutup di Selangor menimbulkan kemarahan rakyat dan tindakan tegas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Read more »




