Beyond the Breaking News

Firma kembara tertua dunia Thomas Cook runtuh, beribu pelanggan terjejas

United States News News

Firma kembara tertua dunia Thomas Cook runtuh, beribu pelanggan terjejas
United States Latest News,United States Headlines

Kerajaan British telah meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UK menggerakkan program membawa balik pelanggan ke UK dalam tempoh dua minggu mulai hari ini. FMTNews

LONDON: Thomas Cook, syarikat pengembaraan tertua di dunia, runtuh hari ini, menyebabkan ratusan ribu pelancong di seluruh dunia terjejas selepas usaha terakhir menyelamatkan syarikat itu gagal. Syarikat itu mengendalikan perkhidmatan penginapan hotel, resort dan penerbangan bagi 19 juta pelancong setahun di 16 negara, menjana pendapatan sebanyak 9.

6 bilion pound sterling pada 2018. Reuters melaporkan syarikat itu mempunyai 600,000 pelanggan di luar negara pada masa sekarang, termasuk lebih 150,000 rakyat Britain. Thomas Cook menggaji 21,000 orang dan merupakan syarikat pengembaraan tertua di dunia, ditubuhkan pada 1841. Syarikat itu mempunyai hutang 1.7 bilion pound sterling . Katanya, kerajaan British telah meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UK untuk menggerakkan program membawa balik pelanggan ke UK dalam tempoh dua minggu, mulai hari ini hingga 6 Okt. “Memandangkan skala terlibat adalah signifikan, beberapa gangguan tidak dapat dielakkan, tetapi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam akan berusaha untuk membawa balik kesemua orang pada tarikh yang dirancang,” katanya. Sebuah pesawat akan digunakan untuk membawa pulang warganegara Inggeris. Di beberapa destinasi, penerbangan komersial akan digunakan sebagai altenatif., di mana pelanggan yang terjejas dapat memperoleh maklumat mengenai penerbangan penghantaran pulang.Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Thomas Cook, Peter Fankhauser berkata keruntuhan syarikat tersebut merupakan “satu perkara yang menyedihkan”. Mengulas mengenai langkah syarikat itu ke arah penggulungan operasi syarikat, Fankhauser dipetik BBC, juga meminta maaf kepada “berjuta-juta pelanggan, dan beribu-ribu pekerja” firma itu. Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps berkata nasib syarikat itu “satu khabar yang amat menyedihkan kepada pekerja dan pelanggannya”. Katanya, syarikat dan CAA telah menyewa puluhan pesawat untuk membawa balik pelanggan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Thomas Cook has approached UK government for bailout fundsThomas Cook has approached UK government for bailout fundsThomas Cook could leave hundreds of thousands of holidaymakers stranded if it fails to find funds. FMTNews
Read more »

Travel giant Thomas Cook fails to find private funds to avert collapse | The Malaysian InsightTravel giant Thomas Cook fails to find private funds to avert collapse | The Malaysian InsightTravel giant Thomas Cook fails to find private funds to avert collapse
Read more »

UK foreign minister doesn't believe Houthis behind drone strikesUK foreign minister doesn't believe Houthis behind drone strikesBritain wants to be crystal clear on who is responsible for the attacks before attributing blame. FMTNews
Read more »

The party will decide our Brexit position, says UK Labour's CorbynThe party will decide our Brexit position, says UK Labour's CorbynJeremy Corbyn told the BBC he would stage a special conference or meeting to determine his party's stance. FMTNews
Read more »

UK travel giant Thomas Cook set to collapseUK travel giant Thomas Cook set to collapseIts shareholder Chinese Fosun agrees to inject £450 million. FMTNews
Read more »



Render Time: 2026-06-16 08:25:43