kuantan Finas sedang melakukan siasatan terhadap Al Jazeera sama ada agensi berita antarabangsa itu mendapat lesen dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, siasatan itu bagi mendapat pengesahan bahawa agensi berita itu membuat permohonan atau tidak sebelum menjalani penggambaran dokumentari itu.
Katanya, ini kerana lesen kebenaran bagi penggambaran dokumentari atau filem perlu mendapat kelulusan dan dikeluarkan Finas. "Bagi Finas, jika Al Jazeera mempunyai lesen, mereka tidak berdepan masalah tetapi jika tiada, mereka bakal berdepan risiko termasuk kad akreditasi dibatalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perasmian Nation of Women Pahang di Kuantan, hari ini.Pada 3 Julai lalu, dokumentari Al Jazeera bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' berdurasi 20 minit 50 saat mendakwa berlaku diskriminasi terhadap Pati ketika Malaysia mengendalikan langkah menangani pandemik Covid-19.
Susulan penyiaran yang didakwa berat sebelah dan tidak adil, polis memulakan siasatan terhadap Al Jazeera, malah Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar media antarabangsa itu menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis akan panggil pihak berkuasa berkait dokumentari Al JazeeraSemua pihak berkuasa itu dipanggil untuk membuat pengesahan dari segi kelulusan dan kebenaran berhubung penyiaran dokumentari 'Locked Up in Malaysia’s Lockdown'. FMTNews AlJazeraa LockedUpinMalaysiaLockdown
Read more »
Police to call in government officials for statements on Al Jazeera report | The Malaysian InsightInvestigators to also ascertain if allegations made in the documentary are true, says CID director.
Read more »
Cops to record statements from authorities on Al Jazeera reportBukit Aman CID director Huzir Mohamed says they want to ascertain whether or not the allegations made by Al Jazeera are true. FMTNews Immigrants
Read more »
Al Jazeera: Relevant authorities to be called to give statements, says Bukit Aman | Malay MailKUALA LUMPUR, July 17 — The Royal Malaysia Police will call several relevant authorities to give their statements in regard to the documentary produced by international news agency Al Jazeera on how Malaysia treats undocumented migrants during the fight against Covid-19. Bukit Aman CID director...
Read more »