Fasiliti, pengurusan faktor utama penentu pencapaian pendidikan di Sarawak

Malaysia News News

Fasiliti, pengurusan faktor utama penentu pencapaian pendidikan di Sarawak
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

BERITA NASIONAL TERKINI Fasiliti, pengurusan faktor utama penentu pencapaian pendidikan di Sarawak

KUCHING: Fasiliti dan pengurusan sekolah yang teratur serta kualiti kepimpinan yang ada di sebuah sekolah menjadi tunjang kepada kejayaan akademik para pelajar. Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Sarawak Datuk Dr.

Azhar Ahmad, kemudahan yang disediakan untuk para pelajar mengikuti sesi pembelajaran adalah perkara utama pencapaian keputusan Sijil Pelaran Malaysia bagi tahun 2022. Bagaimanapun, beberapa strategi telahpun diatur bagi ketepikan masalah kekurangan kemudahan dan fasiliti di bandar mahupun luar bandar agar jurang kekurangan dalam pendidikan itu dapat diketepikan demi memberi fokus kepada objektif utama pendidikan. “Ini menjadi satu perjuangan yang berterusan kepada kita di negeri Sarawak, khususnya untuk kita merapatkan jurang pencapaian kualiti pendidikan secara keseluruhannya untuk sekolah-sekolah yang berada di bandar dan di luar bandar, dan di peringkat kita sememangnya telah mengatur strategi yang berterusan untuk mengatasi masalah ini. “Dalam pendidikan ini kita ada banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada kemenjadian dan kejayaan pelajar terutama sekali dari segi kepimpinan, pengurusan sekolah dari segi kualiti guru dan juga fasiliti-fasiliti di sekolah berkenaan” katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas memnghadiri Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2022, di Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road di sini hari ini. Dalam pengumuman tersebut, Datu Dr Azhar Ahmad mendedahkan pencapaian Gred Purata Negeri Sarawak calon SPM bagi tahun 2022 adalah 5.07 berbanding 5.17 pada tahun 2021, iaitu perbezaan sebanyak 0.10 mata. “Daripada 32,810 calon yang menduduki peperiksaan SPM, seramai 684 calon memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 596 calon pada tahun 2021. “Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.28%. Mankala bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurang kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 5,480 calon pada tahun 2022 berbanding 4,960 calon pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 1.69%. “Sementara itu, seramai 12,464 calon lagi telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2022, berbanding 12,547 calon pada tahun 2021 sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 0.01% berbanding tahun 2021,” tambahnya. Dalam hal yang sama, beliau turut mengumumkan prestasi SPM tahun 2022 berbanding SPM tahun 2021 telah menunjukkan peningkatan dan penurunan bagi beberapa mata pelajaran. “Sebanyak 38 daripada 78 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan. Manakala 34 mata pelajaran telah mencatatkan penurunan. Sementara itu, 6 mata pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal. “Peratusan calon yang layak menerima sijil SPM tahun 2022 juga telah menunjukkan peningkatan, iaitu daripada 88.29% kepada 91.22%. Peningkatan ini adalah sebanyak 2.93%,” katanya. Untuk rekod, seramai 132 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas , iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2022. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 56.06% CBPK layak memperoleh sijil SPM tahun 2022.- utusan

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

In Sarawak, salesman cleaned out of over RM500,000 in Facebook scamIn Sarawak, salesman cleaned out of over RM500,000 in Facebook scamKUCHING, June 6 — A man lost RM524,800 after falling to an investment scam in April. Sarawak Police Commissioner Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri said the 33-year-old man, who is a...
Read more »

Two killed in car-lorry crash in SarawakTwo killed in car-lorry crash in SarawakSIBU: Two women died in an accident involving a car and a tanker lorry at KM49 on Jalan Sibu-Bintulu of the Pan Borneo Highway on Tuesday (June 6).
Read more »

Sarawak MMEA detains tugboat, barge near Tanjung Po for not having domestic shipping licenceSarawak MMEA detains tugboat, barge near Tanjung Po for not having domestic shipping licenceKUCHING, June 7 — The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) on Sunday detained a tugboat and barge in Tanjung Po waters for violating the Merchant Shipping Ordinance...
Read more »

Abang Johari says Sarawak seeks update to green economy lawsAbang Johari says Sarawak seeks update to green economy lawsKUCHING, June 7 — Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Openg today said the state government wants to work together with Putrajaya to update federal laws governing the green...
Read more »

Malaysia’s Sarawak state prepares for an ‘aging society’Malaysia’s Sarawak state prepares for an ‘aging society’Herald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »

Sarawak SPM top scorer taken by surprise with exam resultsSarawak SPM top scorer taken by surprise with exam resultsKUCHING: Rachel Teo never thought she would score A+ in all 11 subjects in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 to emerge as one of the top students in Sarawak.
Read more »



Render Time: 2026-05-10 06:06:29