FAMA Negeri Sembilan diminta tambah baik proses jualan BPT
SEREMBAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Negeri Sembilan akan diminta untuk menambah baik proses jualan beras putih tempatan bagi pelaksanaan Intervensi Pengedaran BPT di negeri ini selepas ia mendapat rungutan daripada orang ramai di sesetengah tempat.
“Kalau ikut keperluan dan pembelian biasa maka langkah intervensi yang dilaksanakan dapat menampung dan mengisi sedikit kekurangan yang kita ada, cuma saya minta kerjasama supaya tidak membuat pembelian panik. “Hari ini adalah hari pertama dan kaedah penjualannya mungkin agak terlepas pandang, sehingga ada yang membeli lebih daripada jumlah yang sewajarnya, ia akan tambah baik, dan saya telah ingatkan kepada pegawai-pegawai agensi terbabit supaya lebih spesifik dan praktikal dalam mengedar dan menjual bekalan beras dalam program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pusat Operasi FAMA Kuala Pilah. Difahamkan, sebanyak 170 pek beras 10 kilogram diedarkan di situ daripada jumlah keseluruhan 2,000 kampit beras yang diterima FAMA Negeri Sembilan untuk dijual di seluruh negeri ini menerusi pelaksanaan Intervensi Pengedaran BPT.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
BPT distribution: N. Sembilan wants FAMA to make additional purchaseSEREMBAN: The Negeri Sembilan government has asked the state’s Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) to make purchases and applications for ...
Read more »
JPJ Negeri Sembilan kesan 1,701 penunggang motosikal tiada lesen memanduJPJ Negeri Sembilan kesan 1,701 penunggang motosikal tiada lesen memandu
Read more »
Pulau Pinang terima 3,000 kampit bekalan beras tempatan menerusi program BPTPulau Pinang terima 3,000 kampit bekalan beras tempatan menerusi program BPT
Read more »
Orang ramai serbu outlet FAMA beli beras tempatanOrang ramai serbu outlet FAMA beli beras tempatan
Read more »
Fama Terengganu pasar 1,000 kampit beras tempatanFama Terengganu pasar 1,000 kampit beras tempatan
Read more »
N.Sembilan customs seize 65,000 litres of contraband beer in PuchongSEREMBAN: The Royal Malaysian Customs Department (JKDM) in Negeri Sembilan seized 65,000 litres of smuggled beer worth RM362,843, with an estimated ta...
Read more »