Ketua pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah berkata, insentif dalam bentuk bantuan kewangan bagi menggalakkan kelahiran perlu diperkenalkan oleh kerajaan. FMTNews KPKM5
Kajian mendapati 65% ibu bapa di negara ini ingin mempunyai lebih ramai anak sekiranya isu kewangan bukan suatu halangan.
Beliau berkata, walaupun secara purata para ibu bapa di negara ini menginginkan 4 anak, namun hakikatnya kebanyakan mereka hanya mampu mempunyai antara 2 dan 3 orang sahaja kerana kos untuk seorang anak yang tinggi. Jelasnya, antara kos yang yang dilihat membebankan ibu bapa adalah pembelian peralatan dan makanan bayi yang mahal seperti susu dan lampin pakai buang serta upah pengasuh serta yuran taska yang tinggi.Faktor lain yang menghalang keluarga di negara ini daripada mencapai saiz keluarga yang mereka inginkan adalah perkahwinan lewat, kesukaran mencari pasangan hidup dan masalah kesuburan, katanya.
“Kita memberi cadangan kepada kerajaan agar insentif tambahan diberikan kepada ibu bapa seperti kemudahan taska, bonus untuk setiap kelahiran bayi serta membantu menampung kos harga susu yang secara langsung akan membantu ibu bapa mengurangkan kos sara hidup keluarga mereka,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perpaduan rakyat faktor kejayaan tangani Covid-19 - PMPutrajaya Perpaduan rakyat Malaysia membolehkan kerajaan mengurus pandemik Covid-19 yang melanda negara dengan berkesan dan menjadi antara yang terbaik di dunia.
Read more »
Cekal cari nafkah walaupun buta sebelah mata“HATI saya sering berdoa moga tiada perkara buruk menimpa sepanjang mencari rezeki untuk anak-anak,” kata seorang ibu tunggal yang buta sebelah mata dan kini sebelah lagi semakin kabur akibat lapisan katarak menebal.
Read more »
'Malaysia Prihatin' tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2020 - Saifuddin‘MALAYSIA Prihatin’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.
Read more »
492,000 pekebun kecil bakal terima MSPOMachang Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mensasarkan kesemua 492,000 pekebun kecil di seluruh negara akan mendapat pensijilan menerusi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). selewat-lewatnya tahun depan.
Read more »
Dhaka hargai inisiatif Malaysia dalam isu pekerja migranKERAJAAN Bangladesh menghargai inisiatif Malaysia mencari penyelesaian terhadap masalah dihadapi pekerja migrannya di negara ini, kata Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia.
Read more »
Sebak lihat tentera bantu baiki rumahmaran “TERIMA kasih sudi membantu membaiki rumah saya yang musnah dilanda ribut minggu lalu,” kata ibu tunggal, Wan Salbiah Wan Mahmod, 57.
Read more »