GURUN: Menteri Pendidikan Fadhina Sidek berharap lebih ramai pelajar menyertai badan beruniform seperti pengakap bagi melahirkan individu yang mempuny...
: Menteri Pendidikan Fadhina Sidek berharap lebih ramai pelajar menyertai badan beruniform seperti pengakap bagi melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan dan disiplin tinggi.
Fadhlina juga berkata Kementerian Pendidikan berharap sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula di beberapa negeri esok berjalan lancar. “Anak saya pun masuk darjah satu esok... saya bersama ibu bapa yang lain akan mula sibuk sepanjang seminggu dan jangan lupa, minggu pertama adalah minggu yang penuh dengan aktiviti serta penglibatan pelajar,“ katanya selepas Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Peringatan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah sempena Majlis Aspirasi Guru Pengakap Negeri Kedah hari ini.