Beyond the Breaking News

Exco: 75% rakyat Malaysia bekerja di Singapura dijangka digaji semula

Malaysia News News

Exco: 75% rakyat Malaysia bekerja di Singapura dijangka digaji semula
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Exco Johor Mohd Izhar Ahmad berkata, ia susulan perbincangan antara kerajaan negeri dengan Singapura dan majikan di republik itu. FMTNews

Dianggarkan lebih 100,000 rakyat Malaysia berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura secara harian untuk bekerja. JOHOR BAHRU: Majoriti rakyat tempatan bekerja di Singapura yang “direhatkan sementara” berikutan pandemik Covid-19 kini boleh menarik nafas lega kerana rata-rata majikan menyatakan kesediaan untuk menggaji semula mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad berkata, ia susulan perbincangan antara kerajaan negeri Johor bersama kerajaan Singapura serta beberapa majikan yang kebanyakannya adalah pekilang utama di republik itu. “Setakat ini, kira-kira 75% daripada mereka akan diterima balik , 15% masih ‘pending’ dan 10% mengambil tekad untuk tidak lagi bekerja di Singapura. “Jadi saya rasa masalah membabitkan mereka tidak berlanjutan kerana kita sudah ada usaha untuk menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita pada program ziarah Pertubuhan Keselamatan Sosial terhadap waris penerima pencen Faedah Penakat Perkeso di Taman Impian Emas, di sini hari ini. Izhar berkata, mengikut data pihaknya, dianggarkan lebih 100,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura secara harian untuk bekerja.Beliau berkata, selain usaha itu, pihaknya turut menyediakan program pasca-Covid-19 bagi membantu individu yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan baru atau menambah kemahiran mereka.“Program yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ini akan membabitkan beberapa sektor pekerjaan mengikut permintaan pasaran, khususnya sektor kejuruteraan,” katanya. Mengenai program ziarah itu, Izhar berkata, Perkeso akan membayar pencen Faedah Penakat sebanyak RM995.40 setiap bulan kepada kedua-dua ibu bapa Nuruldin Abd Rahman, 34, yang meninggal dunia pada 1 Julai lepas akibat masalah jantung ketika sedang berbasikal bersama rakan-rakannya. Bayaran itu akan dibuat mulai 1 Ogos ini sehingga akhir hayat waris kerana Nuruldin merupakan pencarum insurans Perkeso, katanya.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Singapore GE: PSP to announce who will take 2 NCMP seats after exco meeting | Malay MailSingapore GE: PSP to announce who will take 2 NCMP seats after exco meeting | Malay MailSINGAPORE, July 12 — Progress Singapore Party (PSP) chief Tan Cheng Bock said today the party is still deciding on which two members will take the Non-Constituency Member of Parliament (NCMP) seats available to it, and will likely make its decision tomorrow. Speaking to reporters outside West...
Read more »

8 terkandas di Uganda selamat pulang8 terkandas di Uganda selamat pulangLAPAN rakyat Malaysia yang terkandas di Uganda akibat penutupan sempadan negara itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.
Read more »

Shahidan 'bertikam lidah' dengan Tun MShahidan 'bertikam lidah' dengan Tun Mkualalumpur DEWAN Rakyat hari ini membangkitkan semula isu peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang didakwa punca kepada ‘kekecohan’ yang berlaku termasuk usul penukaran Yang di-Pertua (YDP) Dewan Rakyat.
Read more »

Nama Exco baharu diserahkan kepada Sultan SelangorNama Exco baharu diserahkan kepada Sultan Selangorshahalam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sudah mempersembahkan cadangan dua nama untuk menyandang dua jawatan EXCO kerajaan negeri yang kini kosong kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khamis lalu
Read more »

Names of two new exco members submitted to Sultan Sharafuddin, says Selangor MB | Malay MailNames of two new exco members submitted to Sultan Sharafuddin, says Selangor MB | Malay MailSHAH ALAM, July 13 — Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said that he has submitted names of two state assemblymen to the Sultan of Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah, on Thursday to fill two vacant exco portfolios He said that a suitable date will be chosen for the two...
Read more »

75 peratus pekerja Malaysia-Singapura bakal bekerja semula75 peratus pekerja Malaysia-Singapura bakal bekerja semulajohorbahru covid19 Dianggarkan 75 peratus rakyat Malaysia yang dicutikan sementara susulan penularan wabak Covid-19 dijangka bekerja semula di Singapura
Read more »



Render Time: 2026-08-12 15:15:42