Hujan lebat sejak malam Ahad lalu menyebabkan enam kampung di kawasan rendah di daerah Asajaya dan SadongJaya dinaiki air
Kampung yang terjejas ialah Kampung Senangeh, Kampung Ulu Sadong, Kampung Rangawan, Kampung Semera Ulu, Kampung Sampun Jugu dan Kampung Tambirat.
Jurucakap Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Asajaya turun padang menjalankan pemantauan banjir di sekitar kawasan yang berisiko. “Beberapa kawasan di daerah Asajaya dan Sadong Jaya juga dikenal pasti sebagai kawasan yang berisiko dan akan dipantau dari semasa ke semasa.
“Sepanjang aktiviti pemantauan yang dijalankan di sekitar kawasan berisiko mendapati paras air naik dan memasuki beberapa rumah ekoran hujan lebat sejak malam Ahad,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.“Kawasan yang berisiko banjir ini juga masih lagi dalam keadaan selamat serta terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara yang dibuka.
“Pihak APM dan agensi yang terlibat akan terus melakukan pemantauan selanjutnya di kawasan yang berisiko,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bot terbalik: Seorang hilang, dua selamatLELAKI dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di Sungai Lebir, Pengkalan Kampung Tualang di Kuala Krai, malam tadi.
Read more »
Parah rempuh lembuDUA rakan parah selepas motosikal dinaiki merempuh seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 4, Jalan Kuala Pueh-Payang Kayu di Kuala Berang, kelmarin.
Read more »
Tujuh cedera bas bertembung loriTUJUH warga Indonesia cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Kuala Kangsar, awal pagi hari ini.
Read more »
Polis cari lelaki hina agama, institusi dirajaPOLIS menerima laporan berhubung komen berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan agama yang dimuatnaik oleh seorang individu di Facebook, kelmarin.
Read more »
Khalid Samad: Resolve Kampung Segambut Permai land issue amicablyPUTRAJAYA: The landowner and all residents involved in the Kampung Segambut Permai land dispute should try to resolve their issue amicably, says Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad.
Read more »
Lebih dua jam pecah tabungkualaterengganu Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Jamek Kampung Gong Pak Jin (MJKPJ) Tepoh, Kuala Nerus terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk memecahkan tabung masjid itu yang rosak selepas diumpil pihak tidak bertanggungjawab.
Read more »