Eizlan Yusof sertai PAS? BERITA GAYA Hiburan NASIONAL TERKINI
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Dato Seri Eizlan Yusof, 51, memilih mengunci mulut Ketika diminta mengulas dakwaan bakal menyertai Perikatan Nasional di bawah tiket Parti Islam Semalaysia . Khabar angin itu muncul apabila beberapa gambar tular memperlihatkan pelakon itu bersama beberapa figura politik dari PN dan pertubuhan bukan kerajaan Muafakat Nasional terutama Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa.
Lebih menguatkan spekulasi itu, pelakon itu dilihat menerima kad keahlian Kelab Motosikal Alternative Rising Club , juga merupakan kelab motosikal yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia . “Saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu . Tunggu saja pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku. “Buat masa ini saya hanya menjalankan tanggung jawab kerana diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar untuk bersama MN yang berperanan sebagai platform NGO untuk melaksanakan program dan aktiviti ke arah kemuafakatan, perpaduan dan tanpa bersifat perkauman,” katanya. Beliau yang juga Ketua Penerangan Negeri Selangor Muafakat Nasional , berkata jiwa NGO yang ada dalam dirinya melihat Pengerusi MN itu benar-benar serius untuk mempromosikan perpaduan ummah selain menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih baik. NGO baharu ini mula membuka keahlian kepada orang ramai mulai 10 Disember 2022 dan keahliannya telah mencecah lebih 100,000 orang. Annuar sebelum ini dilaporkan berkata, pertubuhan itu kekal sebagai sebuah NGO dan tidak terbabit dalam gerakan politik. Pada Mei lalu, Annuar mengesahkan akan menyertai PAS dan tidak menolak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang. Terdahulu, Eizlan Yusof pernah bertanding untuk kerusi parlimen Sabak Bernam mewakili Parti Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS MP wants Interpretation Acts amended to include explanation on use of ‘Allah’KUALA LUMPUR, June 8 — Jasin MP Zulkifli Ismail today proposed an amendment to the Interpretation Acts 1948 and 1967 to include a specific explanation on the usage and the...
Read more »
Siasatan ke atas Sanusi ‘episod hitam’ negara – PasPas menyifatkan tindakan siasatan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai episod ‘hitam’ dalam sejarah
Read more »
Umno assembly: Think of your parents’ welfare, Zahid tells voters in PAS-held statesKUALA LUMPUR: Voters in Kedah, Kelantan and Terengganu should think of their parents’ wellbeing before casting their ballots in the coming state polls, says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Read more »
Zahid bidas PAS ‘mengkarung politik’, pertahan kerjasama PHPresiden Umno membidas tohmahan pembangkang konon kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera akan terhakis apabila bekerjasama dengan PH khususnya DAP.
Read more »
30 tahun PAS jaga Kelantan, air tetap berkarat, kata Ahmad Zahid | The Malaysian InsightPresiden Umno seru pengundi Kelantan beri peluang kepada kerajaan perpaduan jaga kebajikan mereka.
Read more »
In veiled swipe against PAS’ Hadi, Zahid says non-Muslims’ role in administration is IslamicKUALA LUMPUR, June 9 — Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said today that including non-Muslims to hold important positions in government has always been Islamic, in a...
Read more »




