Beyond the Breaking News

DUN: MB sanggah Ketua Pemuda Pas Perlis, cukup-cukuplah bangkit isu SD

Malaysia News News

DUN: MB sanggah Ketua Pemuda Pas Perlis, cukup-cukuplah bangkit isu SD
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Selepas mengambil pendekatan lebih banyak berdiam diri, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah tampil membidas Ketua Pemuda Pas negeri, Haziq Asyraf Dun yang diingatkan agar tidak lagi membangkitkan isu lama khususnya kewujudan akaun bersumpah (SD) dan kemelut pelantikan Menteri Besar sebelum ini.

ABU Bakar Hamzah bersalaman dengan Muhammad Azmir Azizan dalam dalam sidang DUN Perlis di Kompleks Seri Putra, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/Ihsan JAPEN PerlisKANGAR: Selepas mengambil pendekatan lebih banyak berdiam diri, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah tampil membidas Ketua Pemuda Pas negeri, Haziq Asyraf Dun yang diingatkan agar tidak lagi membangkitkan isu lama khususnya kewujudan akaun bersumpah dan kemelut pelantikan Menteri Besar sebelum ini.

Abu Bakar berkata, apabila isu itu dibangkitkan kembali, terdapat banyak persepsi akan dimainkan oleh netizen berhubung pelantikan berkenaan. Beliau menegaskan, Haziq sewajarnya istiqamah dan merangka strategi untuk memenangi pilihan raya akan datang khususnya setelah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengeluarkan titah berhubung isu berkenaan.

“Nasihat saya supaya Ketua Pemuda Pas negeri ini tidak perlu membangkitkan isu yang telah lama. Saya rasa hampir enam bulan dah dan tidak perlu dibangkitkan semula.

“Memandangkan semalam ada titah Raja Perlis bahawa tidak ada sebarang kacau-ganggu dari segi pentadbiran sedia ada, maka seharusnya Ketua Pemuda Pas beristiqamah dan memikirkan strategi untuk memenangi pilihan raya, bukannya ‘score gol’ sendiri. Rugi kita,” katanya ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan peringatan Tuanku Syed Sirajuddin sempena Majlis Perasmian Penggal Persidangan Keempat, DUN Perlis Ke-15, yang mahu pentadbiran Abu Bakar diberi ruang dan dikekalkan sehingga akhir penggal.

Sejurus selepas itu, Haziq turut mengeluarkan kenyataan mendesak Parti Pribumi Bersatu Malaysia menghentikan penafian berhubung pembabitan lima ADUN parti itu yang didakwa menandatangani SD bersama tiga bekas ADUN Pas bagi menjatuhkan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli. Abu Bakar berkata, perkara berhubung kewujudan SD hanya dalam pengetahuan Raja Perlis berikutan proses pemilihan dan pelantikan Menteri Besar dibuat secara telus mengikut saluran undang-undang.

“Bagi saya, hanya Tuanku sahaja yang tahu sebab sebelum pelantikan Menteri Besar, semua ADUN termasuk mantan dipanggil menghadap secara individu, bukannya serentak. “Ketika itu, proses temu bual dijalankan di hadapan Tuanku bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menentukan siapa yang layak memimpin. Malah, borang dokumen penamaan untuk ditandatangani sebagai Menteri Besar pada awalnya kosong sebelum ditulis dengan tangan.

“Maknanya, keputusan pelantikan ini dibuat yang terbaik oleh Raja Perlis mengikut saluran dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis. Jadi, soal SD ini tidak perlu ditimbulkan lagi,” katanya. -

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Speaker DUN Johor serah warta pembubaran DUN pada SPR hari iniSpeaker DUN Johor serah warta pembubaran DUN pada SPR hari iniSpeaker DUN Johor serah warta pembubaran DUN pada SPR hari ini
Read more »

Reman pemuda 19 tahun ditambah sehariReman pemuda 19 tahun ditambah sehariReman pemuda 19 tahun ditambah sehari
Read more »

Pemuda Pas Perlis tetap berpendirian Bersatu dalang jatuhkan bekas MBPemuda Pas Perlis tetap berpendirian Bersatu dalang jatuhkan bekas MBPemuda Pas Perlis tetap berpendirian Bersatu dalang jatuhkan bekas MB
Read more »

DUN Negeri Sembilan terbubar automatik 10 Jun?DUN Negeri Sembilan terbubar automatik 10 Jun?Negeri Sembilan dijangka berdepan krisis Perlembagaan menjelang 10 Jun ini sekiranya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dilaksanakan sebelum tarikh tersebut.
Read more »



Render Time: 2026-07-22 08:16:36