Beyond the Breaking News

Dulu pakai baju tidak cukup kain, miskin ilmu akhirat

Malaysia News News

Dulu pakai baju tidak cukup kain, miskin ilmu akhirat
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Dulu pakai baju tidak cukup kain, miskin ilmu akhirat - Ozlynn Waty

PETALING JAYA: Pelakon, Ozlynn Waty mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas tampil berhijab. Menurut Ozlynn atau Rozlinawaty Ismail, dia menyifatkan kehidupannya sebelum bertudung sebelum ini ibarat pengalaman termiskin dalam hidupnya, malah segan apabila terimbau cara pemakaiannya suatu ketika dahulu.

“Miskin saya dulu sampai pakai baju tidak cukup kain. Sekarang alhamdulillah sudah senang, kepala pun sudah ada kain penutup ,” katanya di Threads. Enggan dirinya terpesong kembali, isteri kepada pelawak, Johan itu mengakui dirinya sedang belajar untuk istiqamah dalam menjaga cara pemakaiannya. Menerusi hantaran tersebut, pelakon filem Libang-Libu itu turut memohon doa orang ramai agar hatinya terus berpegang dengan niatnya untuk menjadi seorang individu yang lebih baik.

“Pedih, tapi itu kenyataan. Dulu miskin ilmu akhirat, sekarang Insya-Allah perlahan-lahan kayuh nak jadi kaya akhirat. Doakan aku ya,” kongsinya. Ozlynn berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang individu yang meminta orang ramai berkongsi pengalaman termiskin dalam hidup.

Terdahulu, penampilan anggun Ozlynn mengenakan tudung mencuri perhatian ramai selepas dirinya menunaikan ibadah haji pada 2024. Susulan itu, pelakon tersebut dirinya mengakui dirinya sudah bertudung sepenuhnya dan sedang menikmati fasa penghijrahan.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pas tidak pernah khianati kerjasama dengan pihak lainPas tidak pernah khianati kerjasama dengan pihak lainPas tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan mana-mana pihak selagi ia berada dalam sempadan yang ditetapkan Allah SWT dan berpaksikan ajaran Rasulullah SAW.
Read more »

Pasangan suami isteri tidak sempat naik rumah baharu, muat babit kemalangan dua kenderaanPasangan suami isteri tidak sempat naik rumah baharu, muat babit kemalangan dua kenderaanHasrat sepasang suami isteri untuk berpindah ke rumah baharu selepas pulang bercuti sempena Aidiladha di Kelantan tidak kesampaian apabila kedua-duanya terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 19, Jalan Endau-Mersing, Mersing, semalam.
Read more »

Jika kebaikan diberi tetapi dia pilih menyakiti, saya tidak akan berdendamJika kebaikan diberi tetapi dia pilih menyakiti, saya tidak akan berdendamJika kebaikan diberi tetapi dia pilih menyakiti, saya tidak akan berdendam - Juliana Evans
Read more »

Muhasabah diri tengok koleksi bag tangan, Ozlynn tidak jual baju yang ikut bentuk badan walaupun labuhMuhasabah diri tengok koleksi bag tangan, Ozlynn tidak jual baju yang ikut bentuk badan walaupun labuhMuhasabah diri tengok koleksi bag tangan, Ozlynn tidak jual baju yang ikut bentuk badan walaupun labuh
Read more »



Render Time: 2026-07-14 18:26:02