Ducati Scrambler 2023 – Urban, retro dan lasak

Malaysia News News

Ducati Scrambler 2023 – Urban, retro dan lasak
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 64 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 29%
  • Publisher: 51%

JENAMA Ducati seringkali dinobatkan sebagai “Ferari Dua Roda”. Selain datangnya dari Itali, setiap model yang diperkenalkan mempunyai ciri-ciri ‘wow factor’ atau daya penarik, sama ada dari segi prestasi kejuruteraan enjinnya, atau daripada reka bentuk yang unik dan tidak terlalu mengikut dengan trend atau ikutan masa kini.

Selain terkenal dengan jentera-jentera sport yang terkenal dengan prestasi kelajuan, Ducati sejak akhir-akhir ini seperti cuba meneroka kategori motosikal lain yang ada di pasaran. Model Scrambler ini bukanlah model yang sudah lama dalam barisan model-model yang terhasil dari kilang Ducati.

Walau tidak bermaksud untuk di’kuda’kan sebagai sebuah jentera lasak 100 peratus, tambahan pula, DUCATI SCRAMBLER masih mengekalkan imejnya sebagai rekaan retro-urban. Berbanding dengan model lain 2023 yang ditawarkan , model Full Throttle ini lebih menyerupai sebuah motosikal perlumbaan “FLAT TRACK” yang sebenarnya membawa kepada kewujudan sebenar model ini.

Model ini juga menggunakan ‘roda sport’ sama seperti model Icon, namun ditambah sedikit karakter pada roda ini dengan sedikit penempelan warna merah di tengah rimnya. Seperkara menarik, sekiranya anda perasan tentang nombor 62 yang tertera pada jentera ini, ia adalah sebagai memperingati model yang diperkenalkan pada 1962 dahulu, iaitu sebagai model yang menjadi pemangkin kepada penghasilan model Ducati Scrambler.Model Full Throttle didatangkan dengan tangki 13.

Ducati Full Thorttle bertindak dengan cemerlang menyerap hentakan-hentakan jalan raya dan kebolehan ia mengikut arah tuju yang saya pacu dengan tepat dan jitu sangat-sangat mengujakan. Selain sistem suspensi Kayaba jenis terbalik di hadapan dan suspensi tunggal yang telah diubah kedudukannya berbanding model 2015 dahulu , sistem brek daripada Brembo ternyata cukup mencengkam sama ada di depan atau belakang.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-02-19 08:19:26