muallim إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ DUA remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 383 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Muallim, hari ini.
Dalam kejadian 6 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Azam Abdullah, 15, dan Nurul Insyirah Ab Aliyasok, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.
Muhammad Azam dipercayai menunggang motosikal Yamaha Lagenda itu sambil dibonceng Nurul Insyirah dan mereka berkonvoi bersama 12 lagi rakannya untuk menyertai Program Santai Anak Utara 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, hari ini. Muhammad Azam adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor yang sedang menunggu keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga .Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri jalan.
Wan Kamarul berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pelajar tingkatan dua lemasAKTIVITI riadah empat remaja mandi di Sungai Terawih Ketiau, dekat Putatan, berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripadanya ditemui lemas, semalam.
Read more »
Dua kali Agong berhenti periksa kemalangan | The Malaysian InsightBaginda mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memeriksa dua kemalangan yang berlaku di sekitar Putrajaya pagi tadi.
Read more »
Dua kali Agong turun kenderaan....SIKAP prihatin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi terserlah apabila baginda turun sebanyak dua kali daripada kenderaan rasminya untuk menyantuni mangsa kemalangan di Cyberjaya, hari ini.
Read more »
Dua insiden tarik perhatianDUA insiden membabitkan timbunan beras dan bekalan susu yang jatuh di atas jalan dan kemudian dikutip orang ramai menarik perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerusi titah pada Majlis Syarahan Diraja Sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) di sini.
Read more »
Remaja hisap vape di Labuan dimasukkan ke hospital | The Malaysian InsightRemaja 17 tahun alami masalah paru-paru dan buah pinggang selepas hisap vape sejak dua minggu.\n\u00a0
Read more »
Dakwa hina mahkamah, Kit Siang gesa Zahid minta maafPertikai mahkamah bebaskan pemandu langgar lapan remaja berbasikal di Johor. FMTNews ZahidHamidi LimKitSiang
Read more »