Beyond the Breaking News

Dua penjenayah ahli Geng 08

Malaysia News News

Dua penjenayah ahli Geng 08
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

ShahAlam Dua daripada tiga penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Rawang menghala ke Batu Arang, Sabtu lalu, adalah ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, dua lelaki berkenaan dikenali G Thavaselvan, 31, dan S G Mahendran, 23, serta semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan samun di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, seorang lagi lelaki warga Sri Lanka yang maut dalam kejadian berkenaan dikenali sebagai J Vijayaratnam, 40, dan turut mempunyai satu rekod lampau berkaitan samun di Sentul, Kuala Lumpur. “Thavaselvan mempunyai 23 rekod lampau berkaitan samun dan lain-lain kes jenayah selain turut berada dalam senarai dikehendaki oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor manakala Mahendran dan Vijayaratnam masing-masing satu rekod jenayah samun di Sentul. “Vijayaratnam pernah dikesan tinggal lebih masa pada 2013 dan tiada rekod kemasukan dia ke Malaysia seperti didakwa keluarganya dia masuk ke negara ini 31 Ogos lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Mengulas lanjut, Noor Azam berkata, pihak polis kini sedang mengesan isteri Vijayaratnam dikenali G Moganambal, 35, yang dipercayai hilang pada hari sama. Beliau berkata, wanita tempatan itu beralamat di Taman Bayu Permai, Rawang dan sehingga kini dia masih gagal dikesan pihak berkuasa. “Polis juga menafikan dakwaan keluarga yang mendakwa Moganambal berada di dalam kereta terbabit ketika insiden tembak menembak itu. “Polis juga sedang menyiasat dakwaan yang menyatakan suami isteri ini pemegang pemastautin tetap United Kingdom,” katanya. Dalam pada itu, Noor Azam berkata, pihaknya bersedia berjumpa dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia yang menerima aduan daripada keluarganya dalam insiden berkenaan.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pelajar ILP Jitra maut kemalangan dua kenderaanPelajar ILP Jitra maut kemalangan dua kenderaanGERIK 17 Sept. - Seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP)&160;Jitra maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 24, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli di sini semalam.
Read more »

Mayat dalam beg: Dua beradik didakwa membunuhMayat dalam beg: Dua beradik didakwa membunuhPETALING JAYA 17 Sept. - Dua beradik lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh sepasang suami isteri, bulan lalu.
Read more »

6 ahli Geng 35 diberkas, syabu 28kg dirampas6 ahli Geng 35 diberkas, syabu 28kg dirampasALOR SETAR 17 Sept. - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah paling dikehendaki di negeri ini yang dianggotai oleh enam ahli kongsi gelap Geng 35 dan merampas sebanyak 28.8 kilogram syabu bernilai RM1.4 juta dalam beberapa siri serbuan di sebuah kawasan inap desa di Yan dekat sini, kelmarin.
Read more »

Sambung reman dua beradikSambung reman dua beradikTumpat Tempoh reman bagi dua beradik yang disyaki menyebabkan kebakaran 12 rumah di Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, akan disambung lagi
Read more »

Dua beradik suka bunyi siren bomba terus ditahanDua beradik suka bunyi siren bomba terus ditahanTUMPAT 18 Sept. - Polis masih lagi menahan dua beradik bagi membantu siasatan kebakaran 11 buah rumah di Kampung Padang Tanjong di sini sejak Jun lalu.
Read more »

Suspek ditembak mati geng kongsi gelap 08Suspek ditembak mati geng kongsi gelap 08SHAH ALAM 18 Sept.- Polis mengesahkan dua daripada tiga individu yang ditembak mati dalam aksi tembak menembak di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang Sabtu lalu merupakan ahli geng kongsi gelap 08.
Read more »



Render Time: 2026-07-15 20:27:41