klang Dua penjawat awam antara lapan lelaki ditahan bersama 12,600 karton rokok, pistol Glock 19C, peluru hidup dan enam kenderaan dengan nilai rampasan RM2.17 juta dalam serbuan di Klang, Selangor, semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam , Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, serbuan dilakukan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas JKDNKA Bukit Aman itu rentetan kejayaan Op Asap di Tapah, Perak pada 23 Disember lalu.
Menurutnya, suspek ditahan itu berusia 20 hingga 49 tahun dan salah seorang penjawat awam itu turut memiliki sepucuk pistol Glock 19C dan satu kelopak peluru berisi 10 butir peluru hidup. “Enam kenderaan dirampas terdiri daripada Honda City, Perodua Myvi, Perodua Axia, Proton Saga FL dan Proton Persona dan sebuah lori.“Mereka direman selama 10 hari bermula hari ini mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Christmas typhoon leaves 28 dead, 12 missing in PhilippinesMANILA (AP): A strong typhoon that barrelled through the central Philippines left at least 28 dead and 12 missing, and forced thousands to flee their homes, devastating Christmas celebrations.
Read more »
15 pendatang warga Filipina ditahan di Lahad DatuSemua suspek kini disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. FMTNews
Read more »
Anjing, ayam pun nak seludup?bukitkayuhitam Cubaan lelaki membawa masuk dua anjing Rottweiler dan dua ayam jantan ke negara ini ternyata sia-sia apabila semua haiwan itu dirampas pihak berkuasa, 17 Disember lalu.
Read more »
KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang India di utara negara | The Malaysian InsightKenaikan harga didakwa berlaku susulan bekalan bahan itu dikesan menyusut sejak dua bulan lepas.
Read more »
Diberkas selepas 48 jamSELEPAS 48 jam diburu, suspek samun lelaki, sebelum mencabul dan melakukan seks luar tabii terhadap teman wanita mangsa, ditahan Taman Saujana, Pontian, semalam.
Read more »
Lelaki cabul gadis selepas tawar jadi model sambilan ditahanSuspek mengurung teman lelaki gadis itu dalam bot kereta sebelum mencabul mangsa dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit dan menyamun mangsa. FMTNews PDRM
Read more »