melaka KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengesan dua kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, selepas terdapat peniaga dikesan menjual barangan pada harga tidak munasabah.
Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar berkata, dua kes itu dikesan dilakukan pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan melalui aktiviti pemeriksaan dijalankan sejak 18 Mac lalu.
“KPDNHEP Melaka melalui Seksyen Penguatkuasa terus menjalankan aktiviti pemeriksaan di seluruh negeri bagi memastikan barang keperluan asas pengguna sentiasa mencukupi semasa dalam tempoh PKP ini. “Selain itu, kami menerima 53 aduan rasmi yang secara amnya berkaitan mengenai perihal harga dan dua kes dikesan menyalahi peraturan dan dua notis sudah dikeluarkan di bawah AKHAP 2011,” katanya dalam satu kenyataan di Melaka, hari ini.
Beliau berkata, bekalan topeng penutup muka dan hidung kembali berada di pasaran dan ia boleh didapati di kebanyakan premis runcit dan farmasi di seluruh negeri.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua kali dibuang kerja kerana kaki palsuWANITA kesal kerana anak lelakinya dua kali diberhentikan kerja selepas majikan dapat tahu dia menggunakan kaki palsu dengan alasan tidak mahu menanggung risiko menggaji orang kurang upaya (OKU).
Read more »
Tiada pusat kuarantin 'antara dua darjat'putrajaya Kerajaan ingin menjelaskan 45 hotel bertaraf tiga bintang ke atas yang diwartakan pusat kuarantin yang mana kerajaan menanggung kos untuk bilik dan makan terhad RM150 sehari manakala selebihnya ditanggung individu.
Read more »
Sifar dua hari kes baharu Covid-19DAERAH Petaling mencatatkan sifar kes baharu jangkitan Covid-19 selama dua hari berturut-turut.
Read more »
Dua sekawan edar dadah ditahansungaibuloh KEGIATAN dua sekawan terbabit dalam pengedaran dadah terbongkar selepas mereka ditahan polis di kawasan berhampiran Tasik Biru, di sini, kelmarin.
Read more »
Bertahanlah dua minggu lagi - KKMKEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat Malaysia yang berada di Singapura supaya terus kekal di negara berkenaan dua minggu lagi.
Read more »
Banteras ‘tangan hitam’ ambil kesempatan naikkan harga barang, kata persatuan penggunaMenteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang dalam tempoh PKP. FMTNews JacobGeorge
Read more »