Christian News,World Christian News,Malaysia Church,Religion Christianity
Sri Paus Fransiskus membuat pengumuman mengejutkan pada November 20, bahawa Beato Carlo Acutis dan Beato Pier Giorgio Frassati, dua orang muda Katolik yang dikasihi kerana iman mereka yang menyerlah dan kekudusan mereka, akan dikanonisasi semasa dua perayaan jubli utama yang didedikasikan untuk goloSri Paus Fransiskus membuat pengumuman mengejutkan pada November 20, bahawa Beato Carlo Acutis dan Beato Pier Giorgio Frassati, dua orang muda Katolik yang dikasihi kerana iman mereka yang menyerlah...
Menurut Keuskupan Assisi, Misa kanonisasi Carlo Acutis dijangka berlangsung pada hari Ahad, April 27, jam 10.30 pagi waktu tempatan di Dataran Sto Peter. Kedua-dua bakal orang kudus itu sesungguhnya sangat dikasihi oleh ramai orang muda Katolik yang bersemangat mahu meneladani kekudusan mereka. Untuk mencapai matlamat ini, Carlo berusaha untuk menghadiri Misa harian seberapa kerap yang boleh di Gereja yang terletak di seberang jalan dari sekolah rendahnya di Milan. Carlo mengatakan Ekaristi adalah “laluan ke syurga” dan dia melakukan semua yang terdaya agar ramai orang tahu kehadiran Yesus dalam Ekaristi.
Pameran mukjizat Ekaristi itu telah dipamerkan di ribuan paroki, di lima benua. Ramai rakan sekelas, sabahat dan ahli keluarga Carlo telah memberi kesaksian bagaimana dia membawa mereka lebih dekat kepada Tuhan. Carlo meninggal dunia pada usia 15 tahun pada 2006, sejurus selepas disahkan menghidap leukemia. Sebelum meninggal dunia, Carlo memberitahu ibunya, “Saya mempersembahkan semua penderitaan saya kepada Tuhan untuk Sri Paus dan untuk Gereja agar tidak ke api penyucian tetapi terus ke syurga.”
Dilahirkan pada Sabtu Suci, April 6, 1901, Pier adalah anak kepada pengasas dan pengarah akhbar Itali, La Stampa. Pada usia 17 tahun, beliau menyertai Persatuan St Vincent de Paul dan mendedikasikan banyak masa lapangnya untuk melayani golongan miskin, gelandangan dan orang sakit serta anggota tentera yang bersara dari Perang Dunia I.
Catholic News World Christian News Malaysia Islam Muslims Allah Dioceses Parishes Pope Nuns Priests
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dilexit nos: The experience of a loving heartChristian News,World Christian News,Malaysia Church,Religion Christianity
Read more »
Dilexit nos: The experience of a loving heartChristian News,World Christian News,Malaysia Church,Religion Christianity
Read more »
Five Sisters celebrate their jubileeChristian News,World Christian News,Malaysia Church,Religion Christianity
Read more »
Malacca Johore Diocese News Update #196Christian News,World Christian News,Malaysia Church,Religion Christianity
Read more »
Malacca Johore Diocese News Update #196Christian News,World Christian News,Malaysia Church,Religion Christianity
Read more »
Five Sisters celebrate their jubileeChristian News,World Christian News,Malaysia Church,Religion Christianity
Read more »