Beyond the Breaking News

Dua mekanik dicekup bersama 54,000 biji pil yaba

Malaysia News News

Dua mekanik dicekup bersama 54,000 biji pil yaba
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Dua mekanik yang disyaki pengedar dadah dicekup bersama 54,000 biji pil yaba dalam serbuan di Jalan Sultan Yahya Petra kelmarin.

KOTA BHARU: Dua mekanik yang disyaki pengedar dadah dicekup bersama 54,000 biji pil yaba ketika sedang menunggu pelanggan dalam serbuan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini kelmarin. Kedua-dua suspek yang berusia 19 dan 28 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan semasa berada di atas sebuah motosikal pada pukul 9.

55 malam. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan lanjut menjumpai bungkusan seberat 7.223 kilogram berada di bahagian depan motosikal berkenaan.“Saringan air kencing mendapati kedua-dua negatif dadah. Semakan turut mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau berkait jenayah. “Kedua-dua suspek direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. Muhamad Zaki memberitahu, motosikal yang digunakan suspek semasa kejadian turut disita dan polis masih menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan sindiket atau sebaliknya.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Minta suapan RM5,000, 2 penolong jurutera ditahanMinta suapan RM5,000, 2 penolong jurutera ditahanIa dipercayai sebagai balasan bagi membantu pemilik syarikat mendapatkan projek penyelenggaraan dan naik taraf sekolah bernilai kira-kira RM70,000.
Read more »

Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah lancar buku ‘UMT Dua Dekad Meneroka Samudera’Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah lancar buku ‘UMT Dua Dekad Meneroka Samudera’Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah lancar buku 'UMT Dua Dekad Meneroka Samudera'
Read more »

Pengurus besar GLC rugi lebih RM106,000 angkara ‘phone scam’Pengurus besar GLC rugi lebih RM106,000 angkara ‘phone scam’KUANTAN: Pengurus besar di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerugian sebanyak RM106,253 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan t...
Read more »

Pengurus besar GLC rugi lebih RM106,000 angkara ‘phone scam’Pengurus besar GLC rugi lebih RM106,000 angkara ‘phone scam’Mangsa berusia 45 tahun itu menerima panggilan daripada suspek mendakwa sebagai pegawai polis dari NSRC, menurut polis.
Read more »

GLC GM losses over RM106,000 in phone call scamGLC GM losses over RM106,000 in phone call scamKUANTAN:  A general manager at a government-linked company (GLC) incurred losses of RM106,253 after falling victim to a phone call scam syndicate last Friday.
Read more »

Rotan anak tiri gagal jawab soalan matematik, lelaki didenda RM10,000Rotan anak tiri gagal jawab soalan matematik, lelaki didenda RM10,000Lelaki berusia 38 tahun itu juga diarah menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam.
Read more »



Render Time: 2026-07-22 01:51:35