Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa tidak memakai topi keledar ketika kejadian.
YAN: Dua lelaki maut termasuk seorang parah apabila motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, dua penganggur, Muhammad Ridzuan Mohamad Noor, 19, dan Ahmad Ashraf Anwar Majdi, 24, maut di tempat kejadian sementara seorang lagi yang juga pelajar, Muhammad Haikal Mohd. Ridzuan, 16, cedera parah.“Semasa kemalangan Muhammad Haikal dan Ahmad Ashraf dikatakan menunggang motosikal dari arah Sungai Daun menghala ke Kuala Kedah manakala Muhammad Ridzuan pula dari arah bertentangan.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Ahmad Ashraf bertembung dengan Muhammad Ridzuan manakala Muhammad Haikal yang cuba mengelak perlanggaran itu menyebabkannya terbabas ke tepi jalan sebelah kiri,” katanya di sini hari ini. Tambah beliau, akibat dari perlanggaran tersebut, Muhammad Haikal cedera parah dan dibawa ke Hospital Yan manakala dua mangsa lagi maut di tempat kejadian.
“Jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan siasatan,” ujarnya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua sekeluarga hilang tempat tinggalDua sekeluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka ranap dalam kebakaran di Kampung Seberang Kedai, Trusan di Lawas, Sarawak malam tadi.
Read more »
Teres dua tingkat roboh berikutan tanah runtuhDalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi tadi bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Read more »
e-hailing: Jangan bergantung kepada satu, dua aplikasiTerdapat 32 tawaran operator aplikasi e-hailing di pasaran setakat bulan April 2022 yang diluluskan operasinya oleh APAD.
Read more »
AC Milan tamatkan badi gelaran Serie ATiga mata di Stadium Mapei itu memastikan skuad bimbingan Stefano Pioli merampas kejuaraan daripada Inter Milan dengan perbezaan dua mata.
Read more »
Laporan JISA bagi kemalangan tragis pelajar USAS siap minggu depanLaporan JISA bagi kemalangan tragis pelajar USAS siap minggu depan
Read more »
Duat beranak ditemukan maut tergantungBarang peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di lokasi kejadian.
Read more »