Penjaga premis gagal menunjukkan permit membawa masuk atau keluar menjual bahan letupan dan bunga api.
SEPANG: Polis menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas pelbagai jenis bunga api dipercayai tanpa permit bernilai kira-kira RM15,000 di sebuah kedai serbaneka di kawasan perniagaan Meranti Jaya di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 26 tahun dan 29 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis itu ditahan kira-kira pukul 9.20 malam oleh sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah Sepang ketika menjalankan operasi pemantauan penjualan bunga api.
“Pemeriksaan di dalam premis berkenaan menjumpai sebanyak 58 kotak kotak bunga api jenis ‘Pop Pop’ dan ‘Happy Boom’ yang dianggarkan bernilai RM15,000. dan bertindak menahan kedua-dua suspek,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sepang hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 39 Peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua penjawat awam direman enam hari bantu siasatan kes salah guna kuasaMereka disyaki menggunakan jawatan dan kedudukan untuk meminta dan menerima sejumlah sumbangan daripada beberapa ahli kehormat dan bersekutu jabatan terbabit.
Read more »
Polis cari dua lelaki curi topi keledarPolis cari dua lelaki curi topi keledar
Read more »
Pemilihan dua jawatan tertinggi UMNO dibuat menerusi PAU 2022Ketetapan usul tidak memerlukan pindaan Perlembagaan parti kerana pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden masih berlaku.
Read more »
Dua nelayan, tukang bot berdepan tali gantung kerana dadahBerdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama-sama didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 82,640 gram kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah di Taman Serkam Jaya, Merlimau dalam daerah Jasin.
Read more »
Dua ladang ternakan curi bekalan air terawatUjian klorin yang dibuat di lokasi tersebut turut membuktikan ia adalah air terawat yang dibekalkan Sains.
Read more »
Dua warga Myanmar maut, MPV rempuh lori berhenti tepi jalanDua warga Myanmar maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tiga tan yang berhenti rehat di bahu jalan di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Lepan Tupai di sini hari ini.
Read more »