kualalumpur Ketika melarikan diri, kenderaan dinaiki suspek turut dilaporkan melanggar sebuah motosikal.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, kedua-dua suspek yang dikesan melalui jalan dari arah Gombak menuju ke Setapak, enggan memberhentikan kereta ketika anggota polis yang menaiki kereta peronda polis mengarahkan mereka berhenti untuk pemeriksaan.
Difahamkan suspek terus memecut kenderaan untuk melarikan diri dalam keadaan jalan yang sesak sebelum membuat pusingan U di hadapan sebuah sekolah di Jalan Gombak. Ketika melarikan diri, kenderaan dinaiki suspek turut dilaporkan melanggar sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggangnya terjatuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Meranti, Gombak.
Kenderaan itu terus memasuki kawasan perkampungan Cina di Jalan Gombak sebelum melanggar tiang sebuah rumah akibat melalui jalan mati. Kereta Proton Persona dinaiki suspek dipercayai cuba merempuh MPV polis yang cuba memberkas mereka menyebabkan anggota terbabit terpaksa melepaskan dua das tembakan ke udara dan empat das ke arah kereta suspek sebelum suspek turun dari kereta dan cuba melarikan diri.Namun kedua-dua suspek berusia 30-an berjaya ditahan dan pemeriksaan susulan mendapati mereka mempunyai tiga rekod jenayah dan dikehendaki polis.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kajian enam tahun buahkan hasilUNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima anugerah khas ‘The Best Award’ selain meraih enam pingat dalam Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari lalu.
Read more »
'Ada lima, enam lelaki pukul Adib'SEORANG lelaki memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, dia melihat antara lima hingga enam orang seperti memukul seseorang pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.
Read more »
Derita lapan tahun berakhirPEMANDU teksi direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun sejak lapan tahun lalu.
Read more »
Awat hang lagu tu?kulim Seorang penganggur ditahan polis selepas memukul isterinya yang hamil enam bulan di Taman Selasih, Kulim, semalam.
Read more »