Beyond the Breaking News

Dua kertas siasatan dirujuk ke AGC tidak babit Azam Baki

United States News News

Dua kertas siasatan dirujuk ke AGC tidak babit Azam Baki
United States Latest News,United States Headlines

Azam berkata, beliau bukan individu yang disiasat dalam kes itu, sebaliknya ahli perniagaan, Albert Tei yang mengemukakan dakwaan palsu terhadapnya.

PETALING JAYA: Dua kertas siasatan yang akan dirujuk Polis Diraja Malaysia kepada Jabatan Peguam Negara tidak membabitkan siasatan terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , Tan Sri Azam Baki, sebaliknya kes berasingan yang mengaitkan beliau.

Azam berkata, beliau bukan individu yang disiasat dalam kes itu, sebaliknya ahli perniagaan, Albert Tei yang mengemukakan dakwaan palsu terhadapnya.

“Ya, bukan saya yang disiasat. Pada saya, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap beliau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang jenayah yang berkaitan.

“Ini supaya masyarakat tidak mudah terpedaya sehingga boleh menjejaskan nama baik agensi kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, rakaman percakapan Azam diambil mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Rakaman percakapan itu berkaitan dua kertas siasatan iaitu penerbitan artikel oleh Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah mengenai pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad.

Kes kedua pula membabitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang individu awam bernama Albert Tei. Pada 14 Februari lalu, PDRM membuka kertas siasatan berhubung penyiaran artikel diterbitkan Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Azam. Selain itu, siasatan lain juga turut dijalankan terhadap laporan polis yang dibuat Albert pada 13 Mei lalu berhubung dakwaan mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah pada November 2024. -

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

AGC orders Kluang crash probe classified as murderAGC orders Kluang crash probe classified as murderAttorney-General Dusuki Mokhtar says the final charges will be determined after his office thoroughly reviews the police’s findings.
Read more »

Azam Baki grilled for two hours at Bukit Aman over threat allegations by businessman Albert TeiAzam Baki grilled for two hours at Bukit Aman over threat allegations by businessman Albert TeiKUALA LUMPUR, June 3 — Former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki was at Bukit Aman police headquarters today to give a statement...
Read more »

AGC perlu teliti aduan skim pelaburan pulangan sewa terjamin didakwa tidak sahAGC perlu teliti aduan skim pelaburan pulangan sewa terjamin didakwa tidak sahPertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) memohon pertimbangan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti aduan berhubung skim pelaburan pulangan sewa terjamin (GRR) yang didakwa tidak sah hingga memperdayakan seramai 69 mangsa.
Read more »

Bukit Aman records statement from Azam Baki over two casesBukit Aman records statement from Azam Baki over two casesPresident Donald Trump signed an executive order on oversight of artificial intelligence Tuesday, less than two weeks after postponing a White House ceremony over his concerns that a similar policy could dull America's technological edge.
Read more »



Render Time: 2026-06-04 09:18:50