Dua beradik maut, seorang cedera tertimbus tanah runtuh
HULU TERENGGANU: Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera setelah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil, dekat sini, petang tadi.
Mangsa yang maut ialah Puteri Sajidah Azman,16, dan Siti Fatimah Azman, 13, manakala abang mereka Uzair Azman,17, yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu. Dalam kejadian itu, dua beradik lagi yang berada dalam rumah itu berjaya menyelamatkan diri, manakala ibu mereka merupakan seorang ibu tunggal dan seorang lagi anaknya pula tidak berada di rumah.Pengarah Bomba Terengganu, Hassan ‘As’ari Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 4.59 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi, didapati tiga mangsa tertimbus. Mangsa pertama yang cedera dapat dikeluarkan pukul 5.17 petang selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.“Kedudukan kedua-dua mangsa perempuan ini berdekatan antara satu sama lain. “Berdasarkan lakaran rumah, tiga mangsa dipercayai berada di bahagian hadapan rumah berkemungkinan ruang tamu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, malam ini.Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat yang disertai seramai 36 pegawai dan anggota tamat pukul 7 petang. – UTUSAM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Keputusan analisis ke atas harimau baham dua lelaki dijangka diketahui dalam dua, tiga minggu lagiKOTA BHARU: Keputusan analisis siasatan berhubung harimau yang ditangkap sebelum ini, sama ada terlibat dalam pembunuhan dua lelaki baru-baru ini, dij...
Read more »
Lelaki Kongsi Insiden Berlanggar Dengan Rider Hantar BarangNasib baik dua-dua selamat.
Read more »
Dua aplikasi mudah alih diterbit dari puncak Gunung KinabaluDua aplikasi mudah alih iaitu Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah berjaya diterbitkan dari atas puncak gunung tertinggi di Malaysia berketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu, baru-baru ini.
Read more »
Lebuhraya bertingkat Juru-Sungai Dua: Penyelesaian ideal kesesakan, bantu penyuraian trafikBUKIT MERTAJAM: Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua di sini yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 merupakan penyelesaian ideal bagi masalah kes...
Read more »
Juru-Sungai Dua elevated highway set to ease congestion, improve traffic dispersalBUKIT MERTAJAM: The Juru-Sungai Dua Elevated Highway project, announced in Budget 2025, is seen as an ideal solution to address traffic congestion whi...
Read more »
Kartel baja RM60 juta: Dua lagi individu ditahanDua lagi individu termasuk pengerusi syarikat warganegara asing yang ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan pertanian
Read more »