Kedua-dua individu itu mempunyai pengalaman dan kredibiliti yang diharap dapat memberikan perkhidmatan cemerlang dalam memacu universiti masing-masing ke tahap lebih unggul.
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini mengumumkan pelantikan Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara dan Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman selaku Naib Canselor Universiti Malaya yang baharu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedua-dua individu itu mempunyai pengalaman dan kredibiliti yang diharap dapat memberikan perkhidmatan cemerlang dalam memacu universiti masing-masing ke tahap lebih unggul. “Dr. Shahrin berpengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi, pernah memegang jawatan-jawatan penting sebelum ini.
“Antaranya Naib Canselor UTeM dan Ahli Lembaga Pengarah di Governing Board of Islamic University of Technology , Bangladesh,” katanya dalam hantaran laman sosial. Mohamed Khaled berkata, Dr. Noor Azuan yang juga seorang pakar biomekanik merupakan bekas Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional .“Sewaktu berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, beliau telah menjulang fakulti tersebut menjadi antara sepuluh terbaik di dunia,” katanya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Naib Canselor UiTM diketahui hari ini?“Difahamkan esok (hari ini) dijangka Naib Canselor UiTM baharu akan berkuat kuasa. Setakat ini tiada maklumat berkenaan identiti siapa...
Read more »
UiTM, UM terima Naib Canselor baharuUiTM, UM terima Naib Canselor baharu
Read more »
UiTM, UM terima Naib Canselor baharuUiTM, UM terima Naib Canselor baharu
Read more »
Naib Canselor UiTM diketahui hari ini?“Difahamkan esok (hari ini) dijangka Naib Canselor UiTM baharu akan berkuat kuasa. Setakat ini tiada maklumat berkenaan identiti siapa...
Read more »
Dr Adeeba Kamarulzaman dinobat Tokoh Akademik NegaraDr Adeeba Kamarulzaman dinobat Tokoh Akademik Negara
Read more »
Annuar dilantik ‘orang kanan’ Sanusi dalam PASAnnuar Musa berkata beliau dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pilihan raya PAS oleh pimpinan parti.
Read more »