Di akhir pertemuan, Dr. Mahathir menghulurkan bantuan peribadi dan berjanji akan membaiki rumah berkenaan UtusanOnline UtusanMalaysia BeritaUtusan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meluangkan masa daripada jadual padat program beliau di pulau ini, hari ini mengunjungi rumah Othman Bakar, 66, dan isterinya Indon Abdul Rahman, 53, di kampung tersebut.
Lebih memilukan apabila Othman yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah, lumpuh sejak empat tahun lalu, sekali gus menyukarkan Indon terutama jika ingin memandikan suaminya. Pasangan itu tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang anak lelaki berumur 27 tahun. Dr. Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi bukan sahaja bertanya khabar keadaan kesihatan Othman, malah beliau turut bertanyakan keadaan rumah tersebut dan meninjau sendiri kediaman pasangan itu.
Di akhir pertemuan, Dr. Mahathir menghulurkan bantuan peribadi dan berjanji akan membaiki rumah berkenaan. Beliau kemudian beredar untuk meninjau keadaan Pangkalan Sungai Kelibang di sini dan mengikuti penerangan yang disampaikan Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kelibang Kamarudin Samah. - BERNAMA
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hadi defends Dr Mahathir: 'He's not a dictator'PAS president Abdul Hadi Awang believes Prime Minister Dr Mahathir Mohamad is not a dictator.Instead...
Read more »
Pakistan trip an eye-opener, says Dr Mahathir | The Malaysian InsightFew aware that South Asian giant exports military vehicles and JF-17 Thunder fighter jet.
Read more »
Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza, Dr Mahathir | The Malaysian InsightPerdana Menteri berkata, Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza.
Read more »
Jho Low bidas Dr Mahathir berhubung tindakan sita ke atas bapanya | The Malaysian InsightMenurut sumber The Edge Market, wang yang kerajaan cuba bekukan dan dapatkan kembali itu dipercayai daripada 1MDB
Read more »
Mokhzani as motorsports chairman not political, says Dr Mahathir | The Malaysian InsightThe prime minister says Motorsports Association of Malaysia appointment is not a comeback for his son.
Read more »
Dr Mahathir is no dictator, says Hadi | The Malaysian InsightPakatan Harapan picked their prime minister democratically, says PAS president.
Read more »