Beyond the Breaking News

Dr. Mahathir tiba di Vladivostok untuk Forum Ekonomi Timur

United States News News

Dr. Mahathir tiba di Vladivostok untuk Forum Ekonomi Timur
United States Latest News,United States Headlines

Beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe serta Presiden Mongolia, Khaltmaagin Battulga juga akan menyertai beliau. utusanonline

Ini merupakan lawatan kerja pertamanya di Rusia sejak memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Lawatan rasmi terakhir beliau di Rusia adalah pada 2002. Pesawat membawa Dr Mahathir dan delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 6.

30 petang waktu tempatan dengan ketibaan beliau disambut Timbalan Gabenor Vladivostok, Melnikov Oleg.Lawatan Dr Mahathir di Rusia adalah atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin, sempena EEF yang berlangsung di kampus Far Eastern Federal University di sini. EEF merupakan inisiatif Putin pada 2015 bertujuan menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan memperluaskan kerjasama antarabangsa di rantau Asia-Pasifik. Penganjur menjadualkan beberapa pertemuan rasmi bagi Perdana Menteri esok termasuk mesyuarat dua hala dengan Putin dan rakan sejawatan dari India, Narendra Modi. Dr Mahathir juga akan diwawancara oleh media tempatan sebelum majlis makan tengah hari dihoskan oleh Putin yang akan disertai beberapa pemimpin lain.Beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe serta Presiden Mongolia, Khaltmaagin Battulga juga akan menyertai beliau. Dr Mahathir diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking. EEF diwujudkan menerusi dekri yang dikeluarkan Putin pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan memperluaskan kerjasama antarabangsa di rantau ini. EEF, dianjurkan oleh Roscongress Foundation, kini menjadi platform untuk membincangkan isu dan cabaran ekonomi global, penyepaduan serantau serta industri baharu selain teknologi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Roccongress Foundation, Alexander Stuglev, beberapa dialog perniagaan akan diadakan dengan negara rakan kerjasama terkemuka di rantau itu, khususnya ASEAN, perkumpulan penting negara membangun Asia Tenggara. Beliau berkata lebih 6,500 peserta dari Rusia dan seluruh dunia menyertai forum itu untuk terlibat dalam mesyuarat perniagaan, pameran, program budaya dan sukan yang pelbagai. Pameran tersebut akan mengetengahkan pembentangan oleh badan kerajaan persekutuan Rusia mengenai peluang pelaburan dan insentif termasuk projek pelaburan utama di Daerah Persekutuan Timur Jauh di sini, melibatkan kerjasama antarabangsa. - BERNAMA

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Asean should forge greater ties to face superpowers, says Dr Mahathir | The Malaysian InsightAsean should forge greater ties to face superpowers, says Dr Mahathir | The Malaysian InsightThe prime minister says individual Asean nations are weak but are a formidable group together.
Read more »

Asean perlu perkukuh kerjasama hadapi kuasa besar, kata Dr MahathirAsean perlu perkukuh kerjasama hadapi kuasa besar, kata Dr MahathirBlok ekonomi 10 negara anggota Asean adalah antara segelintir kumpulan serantau yang dapat meneruskan kelangsungannya sehingga kini. FMTNews
Read more »

No need to increase retirement age to 65, says Dr MahathirNo need to increase retirement age to 65, says Dr MahathirHe says raising the retirement age will block employment opportunities for the younger generation. FMTNews
Read more »

Double taxation deal will open up Malaysia-Cambodia trade, says Dr Mahathir | The Malaysian InsightDouble taxation deal will open up Malaysia-Cambodia trade, says Dr Mahathir | The Malaysian InsightThe Double Taxation Avoidance (DTA) agreement ease trade and investment, and reduce the trade imbalance between Malaysia and Cambodia, says PM.
Read more »

Dr Mahathir lawat Rusia 3 hari | The Malaysian InsightDr Mahathir lawat Rusia 3 hari | The Malaysian InsightPerdana menteri dijadual tiba di Rusia esok atas jemputan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Read more »

Dr M to attend Eastern Economic Forum in three-day working visit to Russia | Malay MailDr M to attend Eastern Economic Forum in three-day working visit to Russia | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 4 — Tun Dr Mahathir Mohamad will make a three-day working visit to Russia beginning today to attend the 5th Eastern Economic Forum 2019 (EEF 2019) to be held in Vladivostok.  The Foreign Ministry said in a statement today that the Prime Minister's visit was...
Read more »



Render Time: 2026-06-16 10:02:53