Dr. Mahathir perlu umum tarikh serah jawatan

United States News News

Dr. Mahathir perlu umum tarikh serah jawatan
United States Latest News,United States Headlines

Dominic berkata, perkara ini penting supaya rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga barang akibat situasi ekonomi semasa yang semakin merudum. utusanonline

Gesaan itu disuarakan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang mahu Dr. Mahathir menyatakan tarikh dan tempoh masa peralihan jawatan itu kerana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengulangi keyakinan akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mei tahun depan.

Oleh itu, beliau berkata, Dr. Mahathir perlu mengumumkan perkara itu seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini kerana hanya tinggal lapan bulan menjelang tarikh tersebut. “Dr. Mahathir perlu lakukan seperti mana pada 2002, beliau mengumumkan tarikh penyerahan kuasa pada 31 Oktober 2003. Ini penting bagi mengelakkan kekacauan dan kerajaan Pakatan Harapan boleh memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap usaha membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mengulas lanjut, Dominic berkata, perkara itu penting supaya rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga barang akibat situasi ekonomi semasa yang semakin merudum. “Ini adalah maklum balas yang kita terima daripada sektor swasta berhubung keadaan ekonomi malah dalam Belanjawan 2019, kerajaan ingin memperkenalkan kad subsidi minyak bagi golongan berpendapatan rendah, tetapi masih belum dilaksanakan sehingga sekarang. Sedangkan, Bajet 2020 akan dibentangkan pada bulan depan,” jelasnya. Tambah Dominic, kenaikan kos sara hidup adalah masalah segera yang perlu diselesaikan dan kerajaan perlu memperkenalkan polisi yang memberi manfaat dalam pembentangan bajet pada 11 Oktober depan. -UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Elderly woman's best birthday gift – greetings from Dr MElderly woman's best birthday gift – greetings from Dr MPETALING JAYA: Tan Bee Joo had a wonderful birthday surprise last Saturday (Sept 14) when she received a letter from none other than Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad expressing his 'heartfelt wishes' on her 91st birthday, which fell on Sept 11.
Read more »

Anwar tells media he expects to succeed Dr Mahathir 2020 | The Malaysian InsightAnwar tells media he expects to succeed Dr Mahathir 2020 | The Malaysian InsightOthers may harbour ambitions but they are irrelevant, he says in interview with Bloomberg
Read more »

Dr Mahathir insists India PM Modi did not ask for Zakir’s extradition | The Malaysian InsightDr Mahathir insists India PM Modi did not ask for Zakir’s extradition | The Malaysian InsightThe prime minister says his Indian counterpart mention the controversial preacher but did not request an extradition.
Read more »

Dr Mahathir tegaskan PM India tidak minta Zakir diekstradisi | The Malaysian InsightDr Mahathir tegaskan PM India tidak minta Zakir diekstradisi | The Malaysian InsightPerdana menteri berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Luar India S. Jaishankar.
Read more »

Multilateralisme kini terancam, kata Dr Mahathir | The Malaysian InsightMultilateralisme kini terancam, kata Dr Mahathir | The Malaysian InsightPerdana menteri berkata negara-negara kuat secara unilateral memaksakan kehendak mereka ke atas orang lain.
Read more »



Render Time: 2026-05-10 05:40:45