seremban Empat lelaki termasuk seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing, pada Mac lalu.
Tertuduh, P Vengadesvaran, 31; R S Sathya Deepan, 30; Dr Dharma Danny Ferns, 32; dan Mohd Hafiz Abdul Kadar, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh A Angu berusia 30-an di kawasan kandang lembu berhampiran Jalan Dawn 1, Taman Dawn, Seremban, antara 9 malam hingga 10.30 malam, pada 16 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob manakala Sathya Deepan dan Mohd Hafiz diwakili peguam, Paul Krishnaraja serta Dharma Danny diwakili P Yugan.Portal berita Harian Metro pada 29 April lalu melaporkan tujuh lelaki ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selepas dipercayai terbabit menculik dan membunuh lelaki warga asing.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan dilaporkan berkata, suspek dipercayai menculik dan membawa mangsa ke satu kawasan di Seremban untuk disoal serta dipukul sehingga mati. Bagi melupuskan mayat mangsa, suspek bertindak membakarnya dan dibuang di tepi jalan di Jalan Bukit Putus dari arah Seremban ke Kuala Pilah.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Empat rumah rosak akibat ributsungaipetani Anggota membuat pemantauan di lokasi berkenaan bagi memastikan keadaan selamat sebelum menyerahkan kit bencana kepada mangsa
Read more »
Maut jatuh tingkat empatkualalumpur Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari mangsa berusia 29 tahun dilihat memanjat balkoni di tingkat empat bangunan berkenaan
Read more »
Sarjan tak mengaku rasuahkuantan Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berkaitan kes dadah, empat tahun lalu.
Read more »
RM55 juta kerugian akibat Macau Scam tahun lalu | The Malaysian InsightIa mencatatkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding tahun 2017.
Read more »
Polis tahan samseng jalanan tampar, tumbuk wanita | The Malaysian InsightSuspek yang kini ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lepas sehingga Selasa ini.
Read more »
Tak guna punya cikgu...kuching Padah merogol pelajar sendiri dalam kereta di kawasan letak kereta di hadapan pasar raya di Siburan, dua tahun lalu, seorang guru Matematik dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuching, hari ini.
Read more »
[UPDATE] Zizie Izette tak mengaku bersubahatPELAKON, Datin Seri Zizie Izette mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (FELCRA), empat tahun lalu.
Read more »
Bung Moktar didakwaAHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra), empat tahun lalu.
Read more »
Angkara khianatbintulu Empat sekeluarga terselamat daripada perbuatan khianat individu tidak dikenali yang cuba membakar kediaman mereka di Flat Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, malam tadi.
Read more »
13 pelajar sesak nafasbayanlepas Seramai 13 pelajar tingkatan empat sesak nafas dan batuk ketika melakukan uji kaji membabitkan bahan kimia dalam makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, Bayan Lepas, hari ini.
Read more »