Georgetown Pengusaha dobi tradisional, V Panchacharam, 60, berkata, permintaan terhadap perkhidmatan dobi tradisional itu masih ada.
Walaupun ketika ini kedai dobi layan diri bagai cendawan tumbuh selepas hujan, perkhidmatan dobi tradisional di penempatan Dobi Ghaut, di Georgetown iaitu kawasan dobi terbuka sama seperti kedai dobi di Mumbai, India tetap menjadi pilihan pelanggan.
Bagaimanapun beliau yang mewarisi sebagai generasi kedua perniagaan dobi tradisional itu sejak hampir 40 tahun lalu memberi bayangan perkhidmatan itu bakal berkubur dalam tempoh lima ke sepuluh tahun.Situasi itu, katanya, bakal terjadi bukan disebabkan perkembangan arus kemodenan, tetapi kerana perkhidmatan berkenaan tiada pelapis memandangkan generasi muda kini tidak minat meneruskan legasi dobi tradisional itu.
"Mungkin sebab itu generasi muda tidak berminat basuh kain dengan tangan yang dianggap membebankan. Tapi bagi saya kalau saya tak buat kerja ni badan akan sakit-sakit. Kerja ini sebahagian daripada senaman untuk saya sihat dan berpeluh," katanya.Panchacharam berkata, sebelum ini ada 100 pengusaha dobi tradisional India di penempatan itu, tetapi kini hanya 12 yang masih menawarkan perkhidmatan.
"Sebelum ini, kain yang dibasuh dikeringkan di bawah matahari tanpa mesin pengering. Tapi kini saya perlu guna mesin pengering untuk mempercepatkan proses kerana kadang-kadang cuaca mendung dan hujan. Kebanyakan pelanggan terdiri individu, pengusaha restoran, katerer dan sebagainya," katanya yang turut dibantu isterinya, P Susila, 59, dan dua pekerja.Panchacharam berkata, kebanyakan pengusaha dobi tradisional sudah berusia dan beliau mahu meneruskan perniagaan selagi termampu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Port Dickson kini jadi tempat permainan ikan lumba-lumba!Ikan lumba-lumba dilihat bermain-main di perairan Tanjung Tuan, Port Dickson baru-baru ini. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Fish bounty for motorists as lorry overturns in Perak | The Malaysian InsightDrivers scoop up 140kg of ikan kembong after getting nod from cargo owner.
Read more »
Siasat punca kematian ikan dalam sangkarJABATAN Perikanan Negeri Perak menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengkaji punca kematian ternakan ikan sangkar didakwa membabitkan kerugian antara RM200,000 hingga RM1 juta di muara Kuala Kurau, Sabtu lalu.
Read more »
Komplikasi Covid-19 luar biasa seakan gejala ‘Kawasaki’ ragut nyawa kanak-kanak di ASKanak-kanak 5 tahun antara 73 kanak-kanak di New York yang disahkan mengalami gelaja luar biasa selepas alami demam berpanjangan dan muntah hingga ragut nyawanya. FMTNews Covid19
Read more »
Bayar RM15,000 sudah boleh sampai MalaysiaTERPENGARUH dengan ajakan saudara- mara yang sudah lama menetap di Malaysia dan sanggup meminjamkan wang untuk membawa mereka ke sini menyebabkan etnik Rohingya yang berada di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh sanggup mempertaruhkan nyawa mengharungi Teluk Andaman untuk ke perairan negara ini.
Read more »