Diskaun, baucar dan rebat hingga RM100 galakkan rakyat melancong dalam negara
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat untuk menggalakkan mereka melancong ke destinasi pilihan dalam negara.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2022.
DALAM usaha menggalakkan Keluarga Malaysia melancong di destinasi pilihan dalam negara, kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata insentif berkenaan adalah dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni sehingga RM100.
Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu minggu akses percuma!