Mencuri kompresor pendingin hawa sebuah kereta dan masuk ke Malaysia tanpa dokumen sah. UtusanOnline UtusanMalaysia MindaRakyat
Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Esup, 27, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri komponen kereta milik Ruddy Azlan, 40, di bengkel kereta Blok F, Pangsapuri Mawar Jaya, Kota Perdana, Seri Kembangan, di sini, pada 4.30 pagi, 15 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu, dia dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dari tarikh tangkapnya pada 15 Mac lepas dan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. Lelaki itu turut mengaku bersalah masuk ke Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan sah di tempat dan masa sama dan dihukum penjara tiga bulan dan diperintahkan menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara berasingan.
Bagi kesalahan cuba mencuri, dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 42 bulan serta denda manakala Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara yang boleh sampai lima tahun dan boleh dikenakan sebatan maksimum enam kali, bagi kesalahan ketiadaan dokumen.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan memohon segera dihantar pulang ke Myanmar selepas selesai menjalani hukuman. - BERNAMA
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis syak kereta mufti Perlis dibakar akibat khianatPolis berkata, sebotol bom petrol mungkin dilempar ke arah kereta itu kerana cermin belakang kereta itu pecah.
Read more »
RFU denda Pogrebnyak RM15,000MOSCOW 27 Mac - Pavel Pogrebnyak didenda 250,000 rubles (RM15,815) oleh Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) selepas mencadangkan pemain berkulit hitam tidak seharusnya mewakili pasukan Rusia.
Read more »
Cuba rasuah ketua balai polis, lelaki Pakistan dipenjara sebulanIPOH 27 Mac - Akibat cuba memberi suapan sebanyak RM150 kepada Ketua Polis Balai, seorang warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Read more »
Dihukum penjara 5 bulan curi ikankualaterengganu Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara lima bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri pelbagai jenis ikan bernilai RM1,500 di restoran ikan bakar di Pantai Batu Buruk.
Read more »
Adib cedera bukan akibat ditumbuk atau ditendang, kata pakar forensikDr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, kecederaan anggota bomba itu sepadan impak terlanggar pintu kiri van EMRS.
Read more »
Putrajaya mungkin beli jet China jika terjejas akibat kempen anti-sawit EUPerdana menteri berkata, Malaysia tidak memerlukan jet pejuang hebat, sekadar pesawat kecil seperti Cessna sudah memadai. cessna
Read more »
Hisap dadah akibat terpengaruh suamiGOLONGAN wanita yang dikesan terjebak dengan dadah di sekitar Pendang dipercayai akibat terpengaruh dengan suami yang juga penagih.
Read more »
Dituduh pembunuh selepas tangkap mangsa curi pisangTEMERLOH 25 Mac - Seorang pemuda yang terlibat dengan kematian seorang lelaki yang dipercayai mencuri pisang di Kampung Paya Lang, Bera dekat sini pada pertengahan bulan ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.
Read more »