Digital Niaga perkasa perniagaan tempatan melalui akses kepada penyelesaian kewangan untuk PKS EKONOMI TERKINI DigitalNiaga PKS
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah melancarkan Program Digital Niaga bersama lebih 300 usahawan dan pemilik perniagaan mikro, kecil dan sederhana dalam satu majlis rasmi yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa di Bandar Tun Razak.
Digital Niaga yang disokong oleh platform Dropee direka untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memangkin pertumbuhan mereka. Dropee ialah platform e-dagang B2B pelopor di Malaysia, yang bertujuan untuk memudahkan proses rantaian bekalan buat perniagaan, lantas membolehkan penambahan pendapatan mereka, terutamanya untuk PKS.
“Program ini telah direka khas untuk membantu usahawan PKS menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan sistematik”, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa ucapan perasmiannya. “Program ini akan menyediakan akses pasaran, pembiayaan kredit dan invois yang lebih baik melalui pendigitalan. Ini akan membantu usahawan untuk mengikuti perkembangan keperluan landskap digital yang berubah dengan pantas.
Pasaran Dropee: Pasaran yang disusun khas di mana perniagaan boleh meneroka pelbagai produk untuk perniagaan mereka. Pasaran ini akan meningkatkan hubungan pembekal, membolehkan perniagaan untuk membuat keputusan termaklum berdasarkan keperluan unik mereka.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM saran bank bantu individu, PKS yang memerlukan“Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh institusi perbankan yang bersedia untuk membantu rakyat dan PKS.
Read more »
PM saran bank terus bantu PKS, individu memerlukan | The Malaysian InsightAnwar Ibrahim berkata ia termasuk bantuan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman mereka.
Read more »
Teo Nie Ching: Malaysia actively encouraging investments in emerging technologiesSHANGHAI, June 29 — Malaysia is actively encouraging investments in emerging technologies such as fintech, e-commerce, and digital health, said Deputy Communications and Digital...
Read more »
Catcha Digital’s iMedia posts record profit in FY2022The group aims to raise RM41.04 million through a rights issue as the final step of its regularisation plan.
Read more »
Introduce AI-related subjects in primary schools, govt toldUSIM lecturer Rosalina Abdul Salam says the government should capitalise on the widespread use of digital devices among children.
Read more »