seberangperai PENGAWAL keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas 23 pertuduhan termasuk melakukan amang fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun sejak bulan lalu.
Zulkefflee Ismail, 57, didakwa atas tujuh pertuduhan melakukan amang fizikal terhadap mangsa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga berdepan dengan enam lagi pertuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, kerana menggunakan kanak-kanak itu untuk menghasilkan video porno. Dalam prosiding di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus, Zulkefflee membuat pengakuan bersalah semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya bagi kesalahan melanggar PKP, memiliki video lucah, lapan pertuduhan memiliki video lucah antara tertuduh dan mangsa serta enam pertuduhan di bawah Seksyen 7 iaitu menggunakan kanak-kanak itu untuk menghasilkan video porno.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Prabakaran didakwa halang tugas polis, ingkar PKP | The Malaysian InsightAhli Parlimen Batu itu ditahan semalam semasa membuat tinjauan di apartment Sri Murni.
Read more »
Tangkapan individu ingkar PKP meningkat di Sabah | The Malaysian InsightIni menunjukkan ramai pihak tidak mengambil serius arahan pihak berkuasa.
Read more »
Polis rakam keterangan MB Terengganu isu langgar PKP | The Malaysian InsightPolis akan siasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Read more »
PKP: 'Demam' Masak Apa Tak Jadikualalumpur Dalam tempoh enam hari diwujudkan, ‘group’ (kumpulan) Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook sudah meraih lebih 700,000 pengikut.
Read more »
Penjagaan kereta ketika PKP [METROTV]TEMPOH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini pasti menyebabkan banyak kenderaan persendirian tidak bergerak.
Read more »
PKP: Habiskan RM5,000 ubahsuai sendiri bilik tidurkualalumpur Mohd Rafeq Said, 34, pengumuman PKP oleh Perdana Menteri dimanfaatkan untuk meneruskan perancangan mendekorasi kediaman khususnya bilik tidur bagi memastikan sasaran menyiapkan ubah suai sebelum Syawal tahun ini terlaksana.
Read more »