Dew Challenge 2023 membawa pembaharuan dengan menggabungkan aksi dari dunia maya dan realiti buat golongan muda selain mempromosikan gaya hidup yang aktif.
Jenama minuman berkarbonat berperisa terkemuka Mountain Dew berkolaborasi sekali lagi bersama rakan kongsi PUBG dengan mengadakan Dew Challenge pada November akan datang. Acara ini bakal membawa semua elemen yang digemari pemain ke dunia nyata iaitu dengan menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu kejohanan paintball terbesar bertemakan PUBG.
Dew Challenge ini diadakan bertujuan menarik perhatian golongan muda yang gemar melakukan aktiviti pengembaraan serta bersukan. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat mengalami pengalaman imersif yang penuh dengan idea unik dan baru. Cara Mendaftar Acara Dew Challenge Pada November Ini Bermula 1 Oktober 2023 nanti, orang ramai yang berminat boleh mula mendaftar untuk menyertai acara tersebut.Untuk info, anda akan menerima sejumlah Dew Coins yang ditentukan secara rawak dan menyumbang kepada kedudukan leaderboard wilayah dengan setiap penebusan botol. Pemain-pemain terbaik dari setiap leaderboard pula akan diberi keutamaan untuk menyertai pusingan peringkat wilayah yang menarik dan bertenaga merangkumi empat wilayah di Malaysia iaitu Utara, Selatan, Tengah serta Malaysia Timur. Pemain Perlu Cari Senjata & Alatan Permainan Dalam Lootbox Selain itu, acara ini juga akan melibatkan aktiviti pencarian harta karun iaitu inspirasi daripada mekanik dalam permainan. Sama seperti cara pemain berpayung terjun ke zon permainan yang diingini dalam peta, pencarian harta karun akan bermula dengan pemilihan wilayah.Buat mereka yang mahukan mata tambahan di leaderboard, pemain perlulah mencari senjata, perisai dan bekalan dari lootbox pada permulaan permainan. Lootbox berkenaan bakal diisi semula pada setiap hari atau ketika satu tempoh masa tertentu pada sepanjang hari di cawangan rakan kongsi seperti MBO Cinemas, Morac Go Kart, Chicago Chicken City, Taco Bell dan Dominos di seluruh negara. Selanjutnya, peserta yang berdaftar akan menerima notifikasi di laman web Dew Challenge mengenai lokasi lootbox. Setibanya ke lokasi tersebut, pemain boleh mengimbas kod QR tertera pada lootbox maya dan menebus hadiah untuk meningkatkan kedudukan mereka pada leaderboard. Jelajah Dew Challenge Akan Diadakan Di Sekitar Lembah Klang Berita baik buat anda yang berada di sekitar Lembah Klang, trak khas jelajah Dew Challenge akan membawa keseronokan di pelbagai lokasi seperti universiti, kedai rakan kongsi, pasar malam, pusat komersial dan banyak lagi. Bagi menebus barangan eksklusif, pelawat boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti seperti mesin layan diri khas Mountain Dew x PUBG, galeri menembak imersif, serta sesi gaming jam yang bakal tersedia dengan pelbagai hadiah menarik! HONOR Malaysia Taja 110 Hadiah Menarik Untuk Peserta Penaja telefon pintar untuk Dew Challenge pada tahun ini iaitu HONOR Malaysia juga tidak terlepas peluang untuk memberikan sebanyak 110 hadiah menarik buat para peserta. Tajaan tersebut merupakan kerjasama jenama pertama untuk keluaran baharunya. Makluman kepada semua peserta yang berminat, tempoh pendaftaran Dew Challenge dibuka dari 1 hingga 31 Oktober sahaja. Acara tersebut bermula November ini manakala peringkat akhir bakal berlangsung pada bulan Disember. Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Is M’sian education ready for metaverse challenge?HAVING just gone past the 66th anniversary of our nation’s independence, the educational landscape is undergoing a progressive transformation as it endeavors to embrace a novel paradigm of forward-looking instruction for students.
Read more »
Aidil captures Indonesian International Challenge titleModel loses job after piling on weight in hope boyfriend would marry her‘Chubby’ girl’s efforts for nothing as he dumps her saying ‘I like freedom’
Read more »
MIC chief hints at dropping election challengeSA Vigneswaran says even if M Ramasamy wins his election petition, the MIC and Barisan Nasional are already in the government coalition.
Read more »
Skandal syarikat penerbangan, seorang lagi suspek ditahanSkandal syarikat penerbangan, seorang lagi suspek ditahan
Read more »
Pandai simpan rahsia, Fizi Ali kini bukan lagi dudaPandai simpan rahsia, Fizi Ali kini bukan lagi duda
Read more »
Nvidia to make Arm-based PC chips in major challenge to IntelSAN FRANCISCO: Nvidia dominates the market for artificial intelligence (AI) computing chips. Now it is coming after Intel’s long-time stronghold of pe...
Read more »



