Sepanjang tiga hari penganjuran Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tahun 2023 di sini sejak Selasa lalu, membawa kepada Deklarasi Ipoh yang mempertahankan aliran atau manhaj Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ).
Deklarasi itu yang dibacakan oleh Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengandungi tujuh perkara dengan yang pertama ialah ASWJ merujuk kepada umat Islam yang berpegang teguh dengan petunjuk Rasulullah dan para sahabat baginda dalam memahami dan mengamalkan agama Islam.
Ketiga, ASWJ ialah golongan umat Islam yang berpegang dengan manhaj Imam Abu al-Hasan Al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi serta ahli Athar dalam bidang akidah, dan beramal dengan mazhab yang muktabar dalam bidang fiqh, serta mengikut madrasah Imam Junayd al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali di dalam bidang tasawuf.
“Keenam, firqah-firqah bid’ah seperti Syiah, Khawarij, Mujassimah, Mushabbihah, Muktazilah, Batiniyyah, Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme, Wahhabi, Salafiah Jihadiah, Daesh, Al-Ikhwan, Hizbut Tahrir dan sebarang fahaman yang membawa kepada fenomena takfir dan keganasan terkeluar daripada ASWJ,” kata mufti.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Muzakarah perkuatkan pegangan Ahli Sunah Wal JamaahPenganjuran Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun ini merupakan usaha berterusan supaya umat Islam terus kukuh berpegang kepada manhaj Ahli Sunah Wal Jamaah.
Read more »
Ahli Sunah Wal Jamaah kekalkan kestabilan politik, perpaduanAkidah Ahli Sunah Wal Jamaah yang diamalkan secara konsisten khususnya di negeri Perak berjaya mengekalkan kestabilan politik, keharmonian dan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
Read more »
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dilindungi – Sultan NazrinUsaha meningkatkan kefahaman mengenai Ahli Sunah Wal Jamaah merupakan usaha penting untuk memastikan keharmonian ummah dapat dijamin.
Read more »
Ahli parlimen PH-BN celaru, kejap sokong, berlakon peduli – Wan Saiful“Pelik juga saya lihat Ahli Parlimen PH-BN boleh sokong dengan mudah, seolah-olah mereka ambil berat hal ini...berlakon peduli.
Read more »
Ahli Parlimen Sg Petani kemuka usul bincang isu sorok berasDr Mohammed Taufiq Johari berkata usul itu hendaklah disegerakan kerana isu penyorokkan beras memerlukan penjelasan serta siasatan yang menyeluruh.
Read more »