Sebahagian sahabat jalanan ini telah dipindahkan ke Anjung Kelana, Taman Desa iaitu 14 lelaki, manakala seramai 20 lelaki dan tiga wanita dilepaskan semula.
PETALING JAYA: Seramai 41 gelandangan termasuk empat warga asing diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama agensi-agensi lain dalam Operasi Menyelamatkan Gelandangan di sekitar ibu negara, awal pagi ini.
Menurut DBKL, operasi dilaksanakan pihak berkuasa tempatan itu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia , Agensi Pertahanan Awam Malaysia , Yayasan Kebajikan Negara , Jabatan Kebajikan Masyarakat , Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan . Katanya, jumlah yang diselamatkan pada siri kedua operasi tersebut membabitkan seramai 37 lelaki dan empat wanita serta diteruskan dari semasa ke semasa.
“Beberapa lokasi tumpuan telah disasarkan dengan penemuan beberapa orang sahabat jalanan iaitu enam orang di Masjid India, Masjid Jamek , Segi College, Maybank Jejantas Pudu , Mydin Jalan Silang, Jalan Petaling, Bus Stand Klang, Bangkok Bank , Jejantas Brickfields , Masjid Negara, Jejantas Chow Kit, Cimb Alka Ria dan Jejantas Jalan Tunku Abdul Rahman .
“ Seramai empat gelandangan warga asing dibawa oleh pihak Imigresen untuk tindakan lanjut,” menurut laman Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Vaksin Covid-19 selamatkan 20 juta nyawa pada tahun pertama dihasilkanVaksin Covid-19 selamatkan 20 juta nyawa pada tahun pertama dihasilkan
Read more »