Kedua-dua suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah ini pada penghujung Januari 2021.
JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM11,000 kepada sebuah jabatan kerajaan, dua tahun lalu.
Individu tersebut sebelum ini pernah bertanding semasa Pilihan Raya Negeri Johor, Mac tahun lalu atas tiket sebuah parti politik tempatan. Turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan ialah bekas bendahari NGO sama.Kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.20 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari.
Datuk berusia 47 tahun serta bekas bendahari berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam tadi selepas mereka hadir memberi keterangan. Kedua-dua suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah ini pada penghujung Januari 2021 berkaitan kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan kerja pembekalan itu tidak dilaksanakan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Johor MACC nab NGO’s former ‘Datuk’ chief and treasurer over false claims to govt deptJOHOR BARU, Jan 9 — Two former office-bearers with a non-governmental organisation were arrested here yesterday for allegedly filing more than RM11,000 in false claims to a...
Read more »
SPRM tahan bekas pengerusi NGO kes tuntutan palsu | The Malaysian InsightBekas pengerusi NGO bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, bersama bekas bendaharinya ditahan di pejabat SPRM Johor.
Read more »
Isu Menara KL: Dua pengarah bergelar Datuk ditahan remanMereka yang ditahan adalah seorang pengarah urusan syarikat yang didakwa terbabit mengambil alih saham Syarikat Menara KL.
Read more »
2 ‘Datuk’ remanded over KL Tower share sale, concession | The Malaysian InsightMACC says both individuals, including managing director acted as middlemen to accept kickbacks.
Read more »