“DAP berharap akan ada kebijaksanaan dalam PH dan menggesa sekutu kami untuk memilih mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan oportunisme politik semata-mata.'
PETALING JAYA: DAP hmembantah keputusan PKR dan Parti Amanah Negara yang mahu meneruskan lamaran terhadap Datuk Seri Idris Haron dan ‘kumpulannya’ untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menolak keempat-empat ADUN yang menarik sokongan sebelum ini.
Katanya, keputusan itu juga dibuat susulan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih mempertimbangkan untuk mencalonkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan kumpulan Idris pada PRN Melaka. “DAP berharap akan ada kebijaksanaan dalam PH dan menggesa sekutu kami untuk memilih mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan oportunisme politik semata-mata. “PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan nilai moral yang tinggi untuk membenarkan dua daripada empat ADUN berkenaan bertanding sebagai calon PH pada PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain Guan Eng, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta Anwar tidak mengambil jalan singkat dengan memilih wakil rakyat yang melompat parti sebagai calon PRN Melaka. Ini setelah Pakatan Harapan dilihat seolah-olah mengalu-alukan kehadiran Idris iaitu ADUN Sungai Udang, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pakatan di peringkat akhir muktamadkan status 3 Adun Melaka, kata Anwar | The Malaysian InsightTujuan mereka untuk kembalikan mandat rakyat tidak wajar diketepikan begitu sahaja.
Read more »
Grave mistake if Harapan accepts Malacca defectors, says DAP MPRamkarpal Singh believes the move may backfire.
Read more »
DAP says against nominating 'Melaka four' as Pakatan candidates in state election | Malay MailKUALA LUMPUR, Nov 2 — The DAP Central Executive Committee (CEC) today voiced its stance against nominating the four Melaka state assemblymen who had earlier yanked support for former Melaka chief minister Datuk Seri Sulaiman Md Ali, causing the dissolution of the state government. In a...
Read more »
DAP says PKR, Amanah's decision to court ex-Umno reps is wrongIts sec-gen adds his party had been outvoted on the matter.
Read more »




