Beyond the Breaking News

DAP Kedah gesa kerajaan negeri henti roboh kuil, tokong

Malaysia News News

DAP Kedah gesa kerajaan negeri henti roboh kuil, tokong
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Dua kuil Hindu dan beberapa tokong Cina dirobohkan tahun lalu kerana dibina secara haram. FMTNews DAP RobihKuil Tokong

“Saya menggesa kerajaan Kedah bertindak adil kepada masyarakat minoriti di negeri ini. Semalam, saya menerima satu panggilan memaklumkan sebuah lagi kuil Hindu akan dirobohkan di Sungai Petani. “Saya menggesa negeri menghentikan kerja perobohan dan berunding dengan wakil semua agama,” katanya dalam ucapan dasar konvensyen negeri hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tan yang juga ADUN Derga, mempersoalkan bagaimana kerajaan Kedah mendakwa ia mengumpul pelaburan RM68 bilion sejak PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu, sedangkan statistik rasmi setakat 3 Mac lalu menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM38.7 bilion. Resolusi lain yang diluluskan termasuk menggesa Kerajaan Kedah memastikan bekalan air yang bersih dan tanpa gangguan, serta menggesa pucuk pimpinan Pakatan Harapan memperuntukkan kerusi DUN dan Parlimen bagi calon dari setiap parti komponen dalam pilihan raya umum akan datang. Terdahulu, Tan turut mengumumkan semua 15 calon yang bertanding untuk jawatankuasa DAP Kedah menang tanpa bertanding. Tan kekal sebagai pengerusi negeri itu, dengan Siau Suen Miin menjadi timbalannya, manakala Zulhazmi Shariff dan Karunagaran Govindan sebagai naib pengerusi. Teh Swee Leong, ADUN Kota Darul Aman, dilantik sebagai setiausaha, Liew Eng Wah menjadi timbalannya. Hanya Tan dan Teh yang merupakan wakil rakyat negeri itu daripada DAP.Setiausaha Publisiti: Mohd Shubihi Muhamad Zain dan Ong Khor Jong Ahli jawatankuasa: Khoo Khim Han, Lee Keen Chong, Lee Weng Hong, Lim Yoke Pheng, Ooi Chong Maw dan Tok Chui Lai. Tahun ini, terdapat 357 perwakilan, peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding 2018, yang hanya dihadiri 120 perwakilan. DAP kini mempunyai cawangan di 13 kawasan Parlimen, kecuali Padang Terap dan Jerlun.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2026-07-16 05:15:43