SPRM menahan reman seorang individu warga Singapura kerana disyaki membayar rasuah kepada pegawai penguat kuasa.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman seorang individu warga Singapura yang menjadi dalang ‘kontena terbang’ disyaki merasuah pegawai penguat kuasa di pelabuhan Klang, Selangor sehingga negara kehilangan RM3.5 bilion akibat ketirisan cukai.
Rasuah itu diberikan sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport oleh syarikat-syarikat milikannya untuk tidak dikenakan bayaran cukai. Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.
Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 30 Jun ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.“Siasatan awal mendapati wang tersebut telah diberikan secara tunai kepada kesemua pegawai penguat kuasa. Sehingga kini dipercayai seramai 11 pegawai penguat kuasa yang terlibat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPRM hubungi CPIB Singapura dapatkan maklumat dalang kes kontena terbangKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura dalam usaha menjejak seoran...
Read more »
“Kontena terbang”: Beberapa individu termasuk warga Singapura akan ditahanSERI ISKANDAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kontena lari cukai (”kont...
Read more »
Pelan JS-SEZ bakal lonjak pelaburan dari SingapuraPETALING JAYA: Pelan Zon Perdagangan Bebas Singapura dan Johor (JS-SEZ) bakal melonjak pelaburan dari Singapura melalui potensi besar kerjasama antara Malaysia dan Singapura, kata Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (Samenta).
Read more »
Kastam Sabah rampas enam kontena minuman keras bernilai lebih RM2.74 jutaKOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas enam kontena minuman keras dianggarkan bernilai lebih RM2.74 juta termasuk duti da...
Read more »
PTP kini pelabuhan kontena kelima paling cekap di duniaPETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama antara Kumpulan MMC yang berpangkalan di Malaysia dan Terminal APM di Belanda kini merupakan pelabuhan kontena kelima paling cekap di dunia.
Read more »
Kes kontena terbang: Tiga lagi pegawai Kastam ditahanPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan tiga lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja (JKDM) bagi membantu siasatan berhubung kes ‘kontena t...
Read more »