Dalam seronok jangan lupa saudara Islam di Palestin - Faizal Tahir
KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir, 44, berharap mana-mana produksi program hiburan termasuk rancangan popular Gegar Vaganza di saluran Astro dapat menyelitkan elemen kesedaran kepada penonton mengenai keadaan terkini saudara Islam di Palestin.
Menurut Faizal, platform televisyen seperti siaran rancangan hiburan juga diyakini mampu memberi impak dalam usaha mengajak penonton dan orang ramai untuk sama-sama mendoakan keselamatan penduduk di Palestin yang kini sedang berat diancam Israel. “Minggu depan diharapkan bolehlah pihak produksi GV menggunakan platform yang sedia ada untuk memberi sedikit ruang dan masa bagi memberi kesedaran kepada semua yang menonton tentang apa yang sedang berlaku dan melanda rakyat Palestin pada saat ini.
“Ia bagi mengingatkan orang ramai untuk terus berdoa buat saudara Islam kita di sana. Insya-Allah, bermanfaat untuk semua. Dalam keseronokan berhibur janganlah kita lupa pada mereka yang sedang dilanda kesusahan dan diuji dengan dahsyatnya pada waktu ini sedang kita masih mampu menjalani kehidupan seharian dengan penuh keselesaan.
“Semoga ianya menjadi amalan yang mampu menjadi saham kita di akhirat kelak, Insya-Allah Assalamualaikum dunia,”katanya .Terdahulu, menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Gemuruh ini memuji persembahan peserta GV All Stars iaitu Naqiu yang membawakan lagu Santai nyanyian asalnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jika Palestin pengganas, Israel itu apa? – Duta PalestinPenindasan Zionis terhadap rakyat Palestin tidak perlu lagi dibuktikan apabila hampir setiap hari ada sahaja rakyat negara itu mati ditembak.
Read more »
Umat Islam digesa solat hajat untuk keselamatan PalestinUmat Islam digesa solat hajat untuk keselamatan Palestin
Read more »
PASRelief salur bantuan RM100,000 untuk mangsa perangPASRelief menyalurkan bantuan awal sebanyak RM100,000 untuk rakyat Palestin yang terlibat dalam serangan Israel.
Read more »
Lebih 900 penduduk Palestin maut akibat serangan IsraelLebih 900 penduduk Palestin maut dalam serangan udara dilancarkan oleh tentera Israel di Gaza.
Read more »
Hampir 74,000 penduduk Palestin berlindung di puluhan sekolah di GazaKira-kira 74,000 penduduk Palestin yang meninggalkan rumah mereka selepas serangan Israel tercetus, terpaksa berlindung di 64 buah sekolah terletak di beberapa
Read more »
Kuasa besar wajib bertanggungjawab henti pertempuran di Palestin, titah AgongSeri Paduka menzahirkan dukacita dan gusar dengan konflik terkini di Palestin yang mengorbankan ratusan nyawa.
Read more »