PETALING JAYA: Siasatan terhadap Ebit Lew dijalankan susulan aduan diterima Polis Diraja Malaysia yang mendakwa pendakwah terkenal itu melakukan gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima.“Perkara ini masih dalam siasatan dan kita sudah memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini. Tambahnya, mana-mana individu yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
Semalam, Ebit Lew, 37, hadir ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual. Abd. Jalil turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Ebit semalam menyifatkan apa yang berlaku terhadapnya sebagai fitnah yang kejam dan melampau.- UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »