kualalumpur Semua individu disyaki pengikut aliran Syiah yang ditangkap dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor di Gombak, baru-baru ini, sudah dibebaskan dengan jaminan.
Menurut sumber JAIS, tindakan pendakwaan ke atas individu terbabit akan dibuat selepas pihaknya merakamkan percakapan mereka dan melengkapkan kertas siasatan. “Selepas tangkapan dan dibebaskan dengan jaminan, semua orang yang disyaki perlu melalui satu lagi proses iaitu rakaman percakapan.
“Tujuan antaranya untuk lengkapkan kertas siasatan. Selepas semua sempurna, kertas siasatan barulah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor. “Pendakwaan akan diputuskan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah. Sayatak dapat berikan anggaran masa yang tepat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Dalam serbuan 9.55 malam Jumaat lalu di markas Hauzah ar-Ridha di Taman Sri Gombak itu, seramai 22 individu ditahan. Timbalan Pengarah JAIS, Azlinda Azman dipetik sebagai berkata, Pengerusi Syiah Malaysia, Kamil Zuhairi Abdul Azizi adalah antara individu ditahan. Menurutnya, tangkapan dilakukan berdasarkan Seksyen 12, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Serbuan itu dilakukan selepas pihak JAIS mendapat aduan daripada orang awam berkaitan aktiviti yang akan dilakukan oleh pengikut aliran Syiah. Beberapa barang dilaporkan turut disita, antaranya kain rentang, batu karbala, bingkai gambar, kitab dan buku berkaitan ajaran berkenaan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengunjung Matta Fair cemas dewan PWTC terbakar | The Malaysian InsightTiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Read more »
Polis gesa Farhash serah diriKUALA LUMPUR 8 Sept. - Polis menggesa Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tampil menyerah diri bagi membantu siasatan kejadian rusuhan bersenjata yang berlaku di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai di sini lapan hari lalu, walaupun laporan polis telah ditarik balik mangsa.
Read more »
Tak semua penjawat awam layak dapat pencen, kata ahli akademikIa selepas kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baru dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen. FMTNews
Read more »
11 individu ditahan bantu siasatan penemuan mayat lelaki terbakar | The Malaysian InsightSiasatan awal mendapati seorang daripada suspek marah dengan mangsa yang dikatakan sering mengganggu teman wanitanya.
Read more »
Peguam Negara berat sebelah tak tuduh Zamri Vinoth, kata NGO Hindu | The Malaysian InsightPejabat Peguam Negara seolah-olah sengaja lengahkan kes tersebut untuk melindungi Zamri, dakwa Agamam Ani.
Read more »




