Dakwa Nynaa Harizal dilarikan keluarga, suami buat laporan polis - Utusan Digital

Malaysia News News

Dakwa Nynaa Harizal dilarikan keluarga, suami buat laporan polis - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Memang timbul isu antara saya dan keluarganya. Kami cuba selesai tetapi tidak berjaya.“

PETALING JAYA: Suami pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mendakwa isterinya dilarikan keluarga pelakon itu sendiri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama pada Isnin lalu.“Saya menerima hantaran mesej daripadanya mengatakan dia telah selesai penggambaran dan sedang mengemas barang sebelum pulang.

Lapan minit kemudian dia memberitahu ibu-bapanya berada di sana.“Kemudian saya bertanya kemana kamu pergi? Kenapa di dalam kereta? Katanya ‘tidak tahu’. Ayat terakhirnya bertulis Idk .Kata Mohamed Fahmi lagi, dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. “Itu yang berlaku. Saya bertanya, jika perkara sama berlaku kepada isteri atau suami anda, apa yang akan anda lakukan? Anda tahu keluarga mereka melarikan mereka, namun anda tidak tahu ke mana mereka pergi. “Jadi satu tindakan yang boleh saya ambil adalah membuat laporan polis. Saya akan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. “Saya tidak tahu menahu tentang status terkini buat masa ini. Tapi apa yang pasti kita akan terima perkembangan dalam beberapa hari selepas ini. Mengulas tentang hubungannya dengan keluarga isteri, jelas Mohamed Fahmi memang timbul isu antara kedua-dua pihak dan dia ingin bertemu mereka untuk berbincang. “Seperti saya katakan, apa juga permasalahan, anda boleh selesaikannya. Peluang untuk selesaikan itu masih ada.“Jadi saya akan tunggu untuk itu,” jelasnya.Sebaliknya mereka masih tinggal sebumbung dan sering menghabiskan banyak masa bersama. “Jika dia tidak bekerja atau pulang ke rumah atau saya selesai bekerja dan pulang ke rumah, kami luangkan masa bersama. “Saya tidak rasakan timbul isu antara kami. Tambahan pula, tiada keperluan untuk bercakap soal gaduh memandangkan kami baru dua bulan berkahwin. Hubungan kami baik. “Memang timbul isu antara saya dan keluarganya. Kami cuba selesai tetapi tidak berjaya. Saya fikir itulah puncanya semua ini menjadi semakin teruk,” katanya lagi. Dalam pada itu, Mohamed Fahmi juga berkata tidak timbul soal wang tebusan memandangkan dia masih belum berpeluang untuk berhubung dengan pihak di sebelah sana. “Saya ingin menjelaskan bahawa wang tebusan itu tiada. Bagaimana saya nak tahu apa mereka mahukan sekiranya saya masih belum dapat bercakap dengan mereka?

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Penantian 61 keluarga berakhir - Utusan DigitalPenantian 61 keluarga berakhir - Utusan DigitalPermohonan yang mula dilakukan sejak tahun 1970 itu bagaimana pun melalui pelbagai kepayahan sebelum diluluskan, malah ada antara penerima tersebut adalah golongan generasi kedua dan ketiga daripada pemohon asal.
Read more »

Wajib buat PCR untuk perjalanan darat melebihi 250 kilometer - Utusan DigitalWajib buat PCR untuk perjalanan darat melebihi 250 kilometer - Utusan DigitalPeraturan baharu itu diguna pakai untuk semua pengguna kenderaan perseorangan, kenderaan bermotor umum dan motosikal
Read more »

“Dengar berkali-kali, lagu ini buat saya menangis” -Single pertama Iqbal raih perhatian warganet - Utusan Digital“Dengar berkali-kali, lagu ini buat saya menangis” -Single pertama Iqbal raih perhatian warganet - Utusan Digital“Dengar berkali-kali, lagu ini buat saya menangis” -Single pertama Iqbal raih perhatian warganet
Read more »

Tiada laporan berkaitan kes samun kad pisau - Utusan DigitalTiada laporan berkaitan kes samun kad pisau - Utusan DigitalPOLIS mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat individu mengetuk cermin pintu kereta sambil menghulurkan sekeping kad untuk bertanyakan arah.
Read more »

Belanjawan 2022 berbunyi perkauman, dakwa ahli Parlimen PKR | The Malaysian InsightBelanjawan 2022 berbunyi perkauman, dakwa ahli Parlimen PKR | The Malaysian InsightSepatutnya diagih ikut jurang miskin dan kaya, bukan ikut kaum, kata Wong Chen.
Read more »

‘Bersara’ buat roti canai, cari rezeki dengan perabot - Utusan Digital‘Bersara’ buat roti canai, cari rezeki dengan perabot - Utusan DigitalBertukang seorang diri di halaman rumahnya, lelaki itu mampu menghasilkan kira-kira 50 jenis perabot dan barangan dengan pendapatannya kini mencecah RM7,000 sebulan.
Read more »



Render Time: 2026-05-08 17:24:29