Kalau mahu cari salah, kita boleh tuding pada semua pihak. Masyarakat yang menghukum semberono, pemuzik dan peminat yang mempromosikan gaya hidup tidak sihat.
SEJARAH perkaitan muzik rock dengan unsur negatif seperti dadah, seks, arak dan antiagama sangat panjang. Dari awal kemunculannya, muzik sebegini dibenci masyarakat kerana label negatif yang dilekat padanya.
Bulan lalu saya pergi ke gig kugiran sama di Kuala Pilah. Selama beberapa jam di gig itu, satu tin arak pun saya tak jumpa. Satu butir dadah pun saya tak nampak. Yang ada ialah hidangan bihun goreng bersama jualan air balang. Hampir juga abang-abang punk di situ menjamah kuih tradisi kampung saya, Apam Johol tapi penganjur lupa nak bawa.Ketika muzik rock mendapat tempat di Barat, slogan “drug, sex and rock n roll” jadi popular.
Tiga unsur ini – arak, perempuan dan lagu atau selepas itu dadah, seks dan rock n roll – ialah kandungan utama hedonisme. Ia tidak eksklusif kepada muzik berakar dari rock semata-mata. Hedonisme boleh ditemui dalam lagu balada, hip hop, pop mahupun nasyid kontemporari. Ada pemuzik yang bangga bercerita tentang dadah. Bawa bong ke hulu ke hilir macam itu personaliti dia. Ada juga peminat yang asal pergi gig, mahu seronok lebih dari sekadar melayan muzik, jadi dia bawa arak masuk festival. Ada yang jadikan lapangan muzik sebagai tempat mencari mangsa seks. Habis semua perempuan dia nak cuba ajak masuk bilik tidur.
Pendirian saya, pukul rata ini produk akal yang lemah. Kalau mahu cakap muzik independen membawa pengaruh dadah, arak dan seks, saya berhujah bahawa ketiga-tiga unsur negatif ini ada juga dalam mana-mana lapangan muzik, malah dalam mana-mana bidang sekalipun. Kawalan kendiri individu yang akan mainkan peranan dan sudah ramai yang berjaya tanpa perlu mengotorkan hidup mereka dengan unsur-unsur buruk ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai dipukul warden'Mangsa dibawa ke hospital oleh seorang ustaz dan tiga orang warden daripada pusat pemulihan berkenaan pada pukul 8.10 malam kelmarin.
Read more »
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk | The Malaysian InsightTerdapat kesan luka di dahi serta lebam di bahagian muka, mata kiri, dada, kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa.
Read more »
Sertai parti liar, PM Finland nafi ambil dadahPerdana Menteri Finland nafi menggunakan dadah selepas tular video dirinya bersama rakan selebriti menyambut parti liar di sebuah kediaman.
Read more »
Sertai parti liar, PM Finland nafi ambil dadahPerdana Menteri Finland nafi menggunakan dadah selepas tular video dirinya bersama rakan selebriti menyambut parti liar di sebuah kediaman.
Read more »
Untung bersih S2 Pharmaniaga menjunam 94.7 peratusKejatuhan itu terutamanya disebabkan oleh jualan yang lebih rendah daripada segmen bukan konsesi disebabkan kontrak daripada KKM
Read more »
Hormati hak orang di sekelilingSeramai 400 orang maut setiap minggu akibat rokok. Malah, asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada perokok tetapi orang di sekeliling mereka.
Read more »