IBU mangsa dapat diselamatkan namun kedua-duanya dibawa arus dan lemas. AL-FATIHAH
GERIK: Seorang lelaki dan abang iparnya lemas ketika menyelamatkan ibu mereka di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang, di sini semalam.
Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, mandi di sungai itu bersama ahli keluarga mereka. Bagaimanapun, semasa sedang mandi, ibu mangsa hampir lemas dengan kedua-dua mangsa cuba untuk menyelamatkan wanita itu. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, ibu mangsa dapat diselamatkan namun kedua-dua mangsa dibawa arus dan lemas.
Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Gerik.“Ibu mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hakisan tebing sungai punca jambatan runtuh - Utusan DigitalJambatan besi yang dibina lebih 15 tahun lalu kini tidak selamat digunakan oleh penduduk selepas lantai jambatan itu juga patah.
Read more »
Lelaki bunuh, tanam mayat teman wanita tepi sungai angkara cemburu | The Malaysian InsightLelaki bunuh, tanam mayat teman wanita tepi sungai angkara cemburu
Read more »
Biawak 20 kilogram cuba masuk bank, dipercayai sesat dan kelaparan - Utusan DigitalReptilia itu dipercayai tersesat dan mahu memasuki bank berkenaan kerana faktor sejuk atau kelaparan.
Read more »