AirItam Polis menahan lelaki kerana dipercayai cuba memukul anak lelakinya berusia lapan tahun menggunakan penukul ketika mereka berada di dalam lif pangsapuri di Bandar Baru Farlim
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada 9 malam di Air Itam dan polis turut menyelamatkan anak lelaki itu yang berada bersama bapanya sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.
"Polis menerima laporan daripada isteri lelaki itu yang berusia 37 tahun berhubung kejadian tersebut selepas wanita berkenaan menerima kiriman video daripada adiknya yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup di bahagian lif sebuah perumahan di bandar berkenaan. "Rakaman video itu menunjukkan suspek cuba memukul mangsa dengan menggunakan penukul ketika berada di dalam lif terbabit dan kanak-kanak lelaki tersebut dilihat berada dalam ketakutan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah manakala satu lagi kes jenayah namun ujian awal air kencingnya mendapati negatif dadah. "Lelaki itu direman bagi membantu siasatan lanjut kes itu menurut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sugu Pavithra cuba sesuaikan diri dengan kehidupan baru di sebalik popularitiPavithra baru-baru ini menerima anugerah Silver Play Button dari YouTube apabila pengikut saluran mereka mencecah 100,000 orang. FMTNews SuguPavithra Youtube
Read more »
Ditahan cuba pukul anak dengan penukulgeorgetown LELAKI ditahan polis kerana didakwa cuba memukul anak lelakinya berusia lapan tahun menggunakan penukul di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, malam tadi.
Read more »
Kalau tak nak tua sebelum usia, cuba ikut 6 cara berikutRamai yang tidak mahu tua sebelum usia, tapi malas amalkan penjagaan wajah yang betul. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Shima cuba nasib jadi YouTuber“RAMAI YouTuber gunakan nama saya untuk saluran mereka, muatnaik video serta cerita saya dan dapat tontonan ratusan ribu tapi tak ingat pada saya,” luah penyanyi Shima berkenaan kisahnya yang dijadikan bahan pelaris untuk menarik peminat di YouTube.
Read more »
Pemandu lori maut, tiga termasuk anggota polis cedera kemalanganmuallim Pemandu lori maut manakala tiga lagi cedera termasuk seorang anggota polis dalam kemalangan di Kilometer 383 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Muallim, awal pagi tadi.
Read more »
Polis rampas bekalan dadah lebih RM2.51 jutakualalumpur TIGA lelaki dipercayai dalang kepada satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang ditahan dalam tiga serbuan berasingan sejak 3 Julai lalu.
Read more »