Pemberian dos penggalak dikhuatiri boleh menyebabkan implikasi besar.
LONDON: Lebih ramai orang di dunia didakwa akan meninggal dunia akibat Covid-19 sekiranya pemimpin barat menolak tanggungjawab mereka dengan mengutamakan pemberian suntikan booster atau penggalak vaksin kepada penduduk di negara sendiri.
Lapor The Guardian, perkara itu ditegaskan oleh ketua kumpulan vaksin Oxford yang merupakan antara pencipta vaksin Covid-19. Profesor Sir Andrew Pollard bersama Ketua Eksekutif Pakatan Vaksin Global , Seth Berkley berkata, kajian saintifik dan kesihatan awam untuk pemberian suntikan dos penggalak secara besar-besaranKata mereka, pemberian dos penggalak itu dikhuatiri boleh menyebabkan implikasi yang besar terhadap negara lain. “Perkara ini amat penting bagi pembuat keputusan. Pemberian dos penggalak secara besar-besaran di negara kaya menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa suntikan demikian amat diperlukan di semua negara. “Ini akan mengurangkan lebih banyak dos vaksin dari sistem dan lebih ramai penduduk akan meninggal dunia kerana tidak berpeluang untuk menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan. “Sekiranya, jutaan orang diberi dos penggalak tanpa kajian saintifik yang kukuh, maka sejarah akan mengingati masa pemimpin negara menolak tanggungjawab terhadap seluruh manusia ketika krisis terbesar ini,” jelas mereka. Selasa lalu, Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata, negara itu bersiap sedia untuk menawarkan suntikan dos penggalak kepada semua penduduk berusia lebih 50 tahun ke atas. Dilaporkan, Jerman, Perancis dan Israel juga dalam perancangan atau sudah melaksanakan suntikan dos penggalak kepada warga emas walaupun butiran kelayakan berbeza mengikut negara masing-masing. Jelas Pollard dan Berkley, meskipun vaksin Covid-19 membawa harapan untuk menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia, namun ribuan orang masih meninggal dunia akibat wabak itu setiap minggu dan banyak negara sudah berputus asa dengan situasi tersebut. – AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jangan gelojoh rebut harta mangsa Covid-19 - Utusan DigitalJangan gelojoh rebut harta mangsa Covid-19
Read more »
Covid-19: Dua beradik yatim piatu sedih tapi tetap mahu ke sekolah - Utusan DigitalCovid-19: Dua beradik yatim piatu sedih tapi tetap mahu ke sekolah
Read more »
Covid-19 melonjak, Sri Lanka tak mahu laksana perintah berkurung - Utusan DigitalKes Covid-19 dan kematian meningkat dua kali ganda sejak bulan lalu.
Read more »
WHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19 - Utusan DigitalWHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19
Read more »
Northport bantu golongan terjejas Covid-19 - Utusan DigitalNorthport bantu golongan terjejas Covid-19
Read more »
Lebih 300,000 terima vaksin Covid-19 menerusi Movak - Utusan DigitalMenteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique berkata, menerusi program yang menggunakan 25 buah bas yang telah diubah suai itu, seramai 99,418 individu telahpun lengkap menerima dua dos lengkap vaksin berkenaan.
Read more »




